• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

oleh Mohd Arshad
31/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam
Share on FacebookShare on Twitter

30 Januari 2026/MYNEWSHUB 

PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang yang tidak diterima) dan mengarahkannya meninggalkan negara itu dalam tempoh 72 jam.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Department of International Relations and Cooperation (DIRCO) pada 30 Januari, individu berkenaan dikenal pasti sebagai Ariel Seidman, Chargé d’Affaires Kedutaan Israel di Pretoria.

DIRCO memaklumkan keputusan tegas itu dibuat susulan beberapa dakwaan pelanggaran norma diplomatik yang dianggap mencabar kedaulatan Afrika Selatan.

Antara alasan yang dikemukakan termasuk penggunaan berulang platform media sosial rasmi Israel untuk melancarkan serangan yang didakwa bersifat menghina terhadap Presiden Cyril Ramaphosa, serta kegagalan memaklumkan pihak berkuasa tempatan mengenai lawatan pegawai kanan Israel ke negara itu.

Menurut kenyataan tersebut, tindakan berkenaan disifatkan sebagai penyalahgunaan keistimewaan diplomatik dan pelanggaran serius terhadap Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik.

“Langkah tegas ini susulan siri pelanggaran norma dan amalan diplomatik yang tidak boleh diterima serta mencabar kedaulatan Afrika Selatan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan Afrika Selatan turut menegaskan bahawa kedaulatan negara dan maruah institusinya adalah tidak boleh diganggu gugat, dan menggesa kerajaan Israel memastikan tingkah laku diplomatiknya pada masa hadapan selaras dengan prinsip hubungan antarabangsa yang ditetapkan.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Israel berhubung keputusan tersebut.

Perkembangan ini dijangka menambah ketegangan dalam hubungan dua hala antara Pretoria dan Tel Aviv yang sebelum ini telah melalui beberapa episod pergeseran diplomatik.

Difahamkan Israel mengumumkan tindakan yang sama terhadap duta Afrika Selatan ke Palestin, Shaun Edward Byneveldt beberapa jam selepas Seidman dihalau.- MYNEWSHUB

Tags: Afrika SelatanIsrael
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd