• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

oleh Mohd Arshad
28/01/2026
dalam Politik
0
Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk memansuhkan jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Dalam masa sama, beliau turut menafikan terdapat perbincangan mengenai perkara itu dalam pertemuan bersama Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan pemimpin PAS lain pada 16 Januari lalu.

Menurut laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT), Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, dalam mesyuarat berkenaan, PN sebenarnya bersetuju untuk Majlis Presiden diperkasakan.

“Kita setuju memperkasakan Majlis Presiden. Mekanisme dan struktur akan dibincang semula. Itu yang dibincangkan,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata PAS berharap isu mengenai Pengerusi PN akan diselesaikan pada pertemuan esok.

Media sebelum ini melaporkan Muhyiddin mengesahkan beliau tidak menerima sebarang notis atau jemputan bagi menghadiri mesyuarat PN esok.

Dalam surat bertarikh semalam, Muhyiddin turut mendakwa BERSATU dan PAS mencapai persetujuan untuk memansuhkan jawatan pengerusi PN sebagai sebahagian daripada usaha penstrukturan semula gabungan pembangkang itu.

Persetujuan itu katanya, dicapai dalam satu pertemuan antara beliau dan pimpinan PAS pada 16 Januari lalu.

PN kini tidak mempunyai pengerusi susulan peletakan jawatan Muhyiddin yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

BHonline-

Tags: PASPengerusi PNtimbalan presiden
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

Nurul Izzah Mohon Letak Jawatan Timbalan Presiden, MPP PKR Beri Cuti Sementara

Nurul Izzah Mohon Letak Jawatan Timbalan Presiden, MPP PKR Beri Cuti Sementara

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju memberi cuti sementara kepada Timbalan Presiden parti itu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd