• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

oleh Mohd Arshad
26/01/2026
dalam Terkini
0
Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait maklumat peribadinya didedahkan di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, beliau mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu dan akan menjalankan siasatan lanjut.

“Isi kandungan dan siasatan diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya ringkas dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hari ini Harian Metro melaporkan, Mohammad Hafizuddeain tampil membuat laporan polis selepas maklumat peribadinya didedahkan di media sosial.

Hafizuddeain tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersama peguamnya itu jam 12.30 tengah hari untuk membuat dua laporan polis.

Peguam Aizul Rohan Anuar, berkata anak guamnya membuat laporan terhadap aktivis Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, selepas mengesan maklumat peribadi seperti laporan perbankan tular di laman sosial Facebook milik Ketua Bahagian BERSATU Port Dickson itu

Aizul berkata, anak guamnya turut bercadang untuk mengambil tindakan sivil terhadap Chegu Bard dan institusi perbankan berhubung pendedahan maklumat itu.

Dalam satu lagi laporan, Hafizuddeain turut membuat laporan berhubung dirinya yang didakwa memiliki serta memakai jam tangan mewah berjenama Patek Phillipe.

-Harian Metro

Tags: Isu Bekas Panglima Tentera Daratmaklumat peribadipolissiasat
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd