Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun ini, disokong oleh prospek ekonomi Malaysia yang positif.
AmBank menjangkakan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dan isu-isu lain akan melemahkan dolar AS, memberi manfaat kepada ringgit berbanding mata wang tersebut.
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar utama pada 2.75 peratus tanpa perubahan ketara dalam keadaan ekonomi, dengan inflasi Malaysia dijangka kekal rendah pada 1.8 peratus pada 2026, meningkat daripada 1.4 peratus pada 2025.


