• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

oleh Mohd Arshad
19/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan untuk membanteras rasuah secara menyeluruh, sambil menyatakan kekecewaan terhadap kes rasuah yang berlaku dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga ke peringkat tertinggi.

Seri Paduka Baginda bertitah, segala perancangan pembangunan negara tidak akan sempurna sekiranya amalan rasuah masih berleluasa.

“Agaknya selepas ini saya patut lantik Sarjan sahaja menjadi PAT (Panglima Angkatan Tentera). Saya pernah sebut dahulu, yang saya datang ke Kuala Lumpur untuk memburu perasuah, dan nampaknya saya telah berjaya jumpa.

“Ini hanyalah ‘sekelumit daripada segunung’ atau ‘the tip of the iceberg’. Saya yakin ada ramai lagi di luar sana, sama ada di Jabatan Kastam, Imigresen, Polis dan sebagainya, serta termasuk juga yang berada di dalam dewan ini, yang akan terus diburu sampai jumpa,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat agar menjadi mata dan telinga dengan melaporkan sebarang salah laku berkaitan rasuah demi memastikan ketelusan dalam pentadbiran negara.

Menurut Baginda, bukan sahaja penerima rasuah wajar disiasat dan dihukum, malah pemberi rasuah serta ejen yang bersubahat juga perlu dikenakan tindakan tegas.

Sultan Ibrahim turut menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menjalankan siasatan dengan pantas, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Selain itu, Baginda menyarankan agar kerajaan menyediakan hakim berpengalaman serta laluan khas di mahkamah bagi mempercepatkan perbicaraan kes-kes rasuah.

Dalam titahnya, Sultan Ibrahim turut mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat dan penjawat awam bahawa jawatan yang disandang adalah amanah rakyat dan negara.

“Sesapa yang menyalahgunakan kuasa, menyeleweng dana awam, menerima rasuah atau melindungi perasuah adalah dianggap sebagai pengkhianat negara,” titah Seri Paduka Baginda.

Tags: Anggota TenteraYDPA
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Sesiapa Yang Tidak Terima Bahasa Melayu, Jangan Duduk Di Malaysia – YDPA

Sesiapa Yang Tidak Terima Bahasa Melayu, Jangan Duduk Di Malaysia – YDPA

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR, 19 Januari 2026 – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan sistem pendidikan negara perlu terus diperkasakan kerana ia...

Jangan Benar Kewujudan Orang Tengah Di Kementerian Pertahanan- YDPA

Jangan Benar Kewujudan Orang Tengah Di Kementerian Pertahanan- YDPA

07/01/2026
0

Sultan Ibrahim Zahir Nasihat Tegas Panglima Tentera Darat Baharu: Tolak Rasuah, Jaga Amanah Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd