• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangkai Pesawat Didakwa ATR 42-500 Ditemui Di Gunung Bulusaraung

oleh Mohd Arshad
18/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bangkai Pesawat Didakwa ATR 42-500 Ditemui Di Gunung Bulusaraung
Share on FacebookShare on Twitter

MAKASSAR: Gabungan pasukan penyelamat Basarnas dan TNI-Polri dibantu penduduk setempat masih giat mengesan pesawat ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport (IAT) yang hilang di Gunung Bulusaraung, wilayah Maros, Sulawesi Selatan.

Ketua Seksyen Operasi Basarnas Makassar, Andi Sultan dilapor Kompas semalam berkata, pencarian sudah dimulakan sejak 1 tengah hari waktu tempatan, namun berdepan beberapa cabaran di lokasi.

Katanya, antara cabaran ditempuh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) adalah hujan yang disusuli kabus tebal di wilayah pergunungan Bulusaraung.

“Apabila mahu menerbangkan dron untuk menjalankan pencarian, kabus tebal dan hujan di lokasi,” katanya.

Beliau turut memaklumkan keadaan cuaca ketika pesawat dilaporkan terputus hubungan adalah mendung dengan suhu antara 18 hingga 34 darjah Celsius.

Sementara itu, Ketua Pejabat Basarnas Makassar, Muhammad Arif Anwar pula berkata, pasukan SAR mengesan serpihan yang disyaki sebahagian daripada pesawat ATR 42-500.

“Dimaklumkan pasukan telah menghampiri lereng Gunung Bulusaraung kerana terdapat maklumat bahawa serpihan pesawat ditemui dan sudah dibawa ke rumah ketua dusun Gunung Bulusaraung untuk diperiksa kesahihannya,” katanya.

Selain cuaca, Muhammad Arif berkata, halangan lain termasuk gangguan alat telekomunikasi yang menyukarkan koordinasi pencarian.

“Halangan di lapangan ialah ELT (Pemancar Lokasi Kecemasan) tidak berfungsi, yang menyukarkan pasukan SAR gabungan untuk menentukan lokasi yang tepat. Bagaimanapun, kru helikopter akan menjalankan pencarian dari lereng gunung,” jelasnya.

Sebelum ini dilaporkan sebuah pesawat ATR 42-500 milik IAT terputus hubungan ketika berada di kawasan pergunungan Leang-Leang, Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan, semalam.

Pesawat dari Yogyakarta itu dilaporkan membawa 11 orang, merangkumi, lapan kru dan tiga penumpang. Ia sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin di Makassar pada tengah hari.

BHonline-

Tags: Bangkai PesawatGunung Bulusaraung
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd