• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolong Jangan Kecam Ibu Bapa Saya – Ee Wei

oleh Mohd Arshad
16/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tolong Jangan Kecam Ibu Bapa Saya – Ee Wei
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei meluahkan rasa terkilan susulan kritikan melampau warganet terhadap prestasi tidak menentunya bersama Chen Tang Jie, sehingga ada yang sanggup menyerang ibu bapanya dengan kata-kata kesat.

Ee Wei, yang juga juara dunia bersama Tang Jie, mengakui komen seperti ‘kenapa ada anak seperti ini’ benar-benar mengguris perasaan keluarganya, biarpun dia sendiri cuba berlapang dada menerima kecaman berkenaan.

“Bagi saya, saya okey saja. Tapi ibu bapa saya sedih, mereka jaga saya sampai besar bukan senang.

“Bila orang cakap macam itu, memang tidak sedap didengar,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, hari ini.

Ee Wei mendedahkan dia menerima banyak mesej kecaman daripada warganet di media sosial susulan kekalahan pada suku akhir Terbuka Malaysia minggu lalu dan pusingan pertama Terbuka India, kelmarin.

“Sebelum itu pun memang sudah banyak saya terima kecaman tetapi saya tidak ambil peduli. Saya hanya mahu fokus buat yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Ee Wei menafikan dakwaan kononnya dia marah atau tidak berpuas hati dengan Tang Jie di dalam gelanggang, sebaliknya menjelaskan raut wajah seriusnya sebagai tanda fokus ketika menentang lawan.

“Saya masuk gelanggang memang mahu serius. Saya mahu menentang lawan saya, bukan tunjuk muka untuk orang luar. Komunikasi kami tiada masalah, hubungan kami okey,” jelasnya.

Mengakui tahap keyakinannya sedikit menurun selepas Terbuka Malaysia, Ee Wei berkata prestasinya ketika ini belum mencapai tahap terbaik seperti ketika memenangi gelaran dunia sebelum ini.

“Sekarang memang perlu cari balik rentak permainan kami. Bukan setiap masa kami boleh bermain pada tahap prestasi terbaik. Yang penting proses dan perkembangan itu ada,” katanya.

Di sebalik kecaman yang diterimanya, Ee Wei menegaskan dia memilih untuk kekal positif, berlatih seperti biasa dan terus berjuang demi negara.

“Hati kena kuat bila masuk gelanggang. Tekanan luar itu kami tidak boleh kawal. Apa yang saya mahu, saya mahu berjuang untuk negara dan banggakan ibu bapa,” katanya.

BHonline-

Tags: Toh Ee Wei
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd