KOTA BHARU, 14 Januari 2026 – Sebuah lori membawa muatan telur dilaporkan mengalami insiden apabila pintu belakang kenderaan terbuka ketika membelok di Simpang Taman Maju, di sini, pagi tadi.
Akibat kejadian itu, beratus biji telur tercampak keluar dan bertaburan di atas jalan raya, menyebabkan keadaan licin serta berpotensi membahayakan pengguna jalan raya.
Rakaman video kejadian yang dikongsi oleh orang awam menunjukkan telur berselerak di laluan berkenaan.
Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan.
Pihak berkaitan telah mengambil tindakan membersihkan kawasan tersebut bagi memastikan keselamatan lalu lintas.
YuKH


