• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

oleh Mohd Arshad
13/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan atau promosi gaya hidup LGBT di mana-mana daerah di Negeri Selangor, termasuk program “Glamping With Pride” yang dilaporkan akan diadakan di Hulu Langat.

Pendirian itu dinyatakan dalam Kenyataan Media Bersama MAIS dan Sahibus Samahah Mufti Selangor susulan titah Sultan Selangor, yang menitahkan agar tindakan tegas diambil terhadap sebarang aktiviti melibatkan promosi atau normalisasi amalan songsang berkenaan.

Menurut kenyataan tersebut, MAIS dan Mufti Selangor menegaskan bahawa ajaran Islam mengharamkan amalan LGBT, yang disifatkan bertentangan dengan fitrah serta prinsip Maqasid Syariah, khususnya dalam aspek menjaga keturunan (Hifz al-Nasl).

Kenyataan itu turut merujuk dalil al-Quran dan hadis bagi memperkukuh pendirian agama berhubung isu berkenaan.

Sehubungan itu, MAIS dan Mufti Selangor menggesa pihak berkuasa berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan agar tidak mengeluarkan sebarang permit bagi penganjuran program berkenaan atau aktiviti seumpamanya di Selangor.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga diminta meningkatkan pemantauan serta mengambil tindakan menurut undang-undang sedia ada bagi memastikan arahan tersebut dipatuhi.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan tidak berkenan terhadap penubuhan persatuan, kelab, pertubuhan atau NGO yang berkaitan dengan LGBT di Selangor, demi memelihara kesucian agama Islam serta keharmonian masyarakat berbilang kaum.

MAIS dan Mufti Selangor mengakhiri kenyataan dengan menyeru komitmen semua pihak, khususnya golongan remaja, agar tidak terpengaruh dengan budaya luar yang bercanggah dengan ajaran Islam, serta bersama-sama memastikan Selangor kekal harmoni dan berteraskan nilai agama.

Tags: babiselangor
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak cadangan mewajibkan pemaju menyediakan tapak rumah ibadat agama lain dalam setiap pembangunan...

Pemaju di Selangor Perlu Serah Tanah 1.5 Ekar Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

Pemaju di Selangor Perlu Serah Tanah 1.5 Ekar Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

23/06/2026
0

SHAH ALAM - Pemaju di Selangor dikehendaki menyerahkan sebidang tanah (minimum 1.5 ekar) untuk diwartakan sebagai tanah keagamaan bagi rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd