• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Penternakan Babi Di Tanjong Sepat Dihentikan, Dipindahkan Ke Bukit Tagar

oleh Mohd Arshad
12/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Operasi Penternakan Babi Di Tanjong Sepat Dihentikan, Dipindahkan Ke Bukit Tagar
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Sultan Selangor menitahkan agar tiada lagi operasi penternakan babi dibenarkan di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat, dan semua operasi sedia ada hendaklah dihentikan secara berperingkat sebelum dipindahkan sepenuhnya ke Bukit Tagar, mengikut perancangan serta mematuhi perundangan dan peraturan berkaitan.

Ketetapan tersebut dimaklumkan menerusi Kenyataan Media Istana Alam Shah bertarikh 12 Januari 2026, susulan sesi menghadap bersama Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir. Izham Hashim, serta Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim, di Istana Bukit Kayangan.

Menurut kenyataan itu, Baginda telah meneliti secara mendalam pengurusan dan hala tuju operasi penternakan babi di Selangor dengan mengambil kira kepentingan rakyat, kesejahteraan alam sekitar serta keharmonian sosial.

Baginda turut menitahkan supaya satu kajian terperinci dan menyeluruh berasaskan data sah dilaksanakan bagi mengenal pasti keperluan sebenar serta permintaan daging babi khusus untuk kegunaan rakyat bukan Islam di Selangor sahaja.

Baginda menegaskan bahawa tiada sebarang perancangan atau tujuan eksport hasil penternakan tersebut.

Hasil kajian itu hendaklah dijadikan asas utama dalam menentukan skala, kapasiti dan keluasan operasi di Bukit Tagar agar ia kekal munasabah, terkawal dan berpatutan.

Dalam masa sama, Baginda menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menyediakan sebarang peruntukan kewangan atau membuat pelaburan bagi mana-mana operasi penternakan babi pada masa hadapan, termasuk di Bukit Tagar.

Segala urusan berkaitan hendaklah dilaksanakan tanpa melibatkan dana awam negeri.

Baginda berharap semua pihak terlibat dapat melaksanakan ketetapan ini dengan penuh tanggungjawab, berhemah serta mematuhi undang-undang demi memastikan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Negeri Selangor sentiasa terpelihara.

Kenyataan itu ditutup dengan prinsip Baginda: “Pertahan dan Setia Kepada Agama Islam” serta “Berkhidmat Kepada Rakyat dan Negara”.

Tags: babi
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan pemimpin yang suka pada babi supaya tinggal berdekatan dengan...

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa Kerajaan Madani bakal hilang keyakinan komuniti bukan Melayu jika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd