• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

oleh Mohd Arshad
05/01/2026
dalam Terkini
0
Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas kali terakhir kenaikan tahunan gaji penjawat awam berlaku lebih 10 tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tanggungjawab penjawat awam juga sudah bertambah dan gaji yang diterima hanya sekadar memenuhi keperluan keluarga.

“Kenaikan gaji itu menyebabkan kos tambahan keseluruhan RM18 bilion. Ini bukan kerana tuntutan penjawat awam, (sebaliknya) kerana kita lihat tanggungjawab bertambah dan (selama) 12 tahun diakui gaji mereka hanya memenuhi hak sebagai ketua keluarga.

“Jadi, saya mulakan dengan memberikan keadilan kepada rakan penjawat awam. Ini termasuk gaji hakim.

“Ada yang bertanya kenapa naik mendadak 30 peratus. Ini kerana selama 10 tahun sejak 2015, tidak ada kenaikan tahunan, tidak ada kajian semula,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pagi ini.

Justeru, Perdana Menteri berkata, susulan kenaikan gaji itu, beliau sudah meminta Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk memastikan pentadbiran yang cekap dan bersih.

Anwar berkata, perkara itu juga perlu dipantau semua ketua setiausaha (KSU), ketua pengarah dan ketua unit masing-masing.

“Selepas kerajaan menaikkan gaji penjawat awam, sudah tentu harapan dan jangkaan rakyat terhadap mereka adalah kualiti dan perkhidmatan yang lebih cekap.

“Rakyat berhak bertanya (mengenai perkhidmatan diberikan), jadi khidmat harus lebih cekap dan pantas.

“Nak tunggu jawab surat yang panjang, nak isi banyak borang untuk dapatkan sesuatu hal, nak patah balik dari satu jabatan ke jabatan lain, semua kerenah ini harus dibetulkan,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata, kerajaan juga akan lebih serius melaksanakan inisiatif Digital Negara tahun ini.

Berikutan itu, beliau mengarahkan semua KSU dan ketua pengarah memastikan semua urusan dijalankan secara dalam talian kecuali perkara yang terikat dengan peraturan undang-undang.

“Ini termasuk pada Jemaah Menteri, harus mulakan jawapan surat deraf awal itu (menggunakan teknologi) kecerdasan buatan (AI) kemudian kita berikan input peribadi untuk memperbaiki dan membetulkannya.

“Ini akan menjimatkan masa dan meningkatkan kualiti,” katanya.

BHonline-

Tags: Anwar Ibrahimkenaikan gajiPenjawat Awam
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

‘Mengapa Anwar Boleh, Tetapi Najib Tidak Boleh?’ Soal Hassan Karim

‘Mengapa Anwar Boleh, Tetapi Najib Tidak Boleh?’ Soal Hassan Karim

22/12/2025
0

JOHOR BAHRU – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum oleh bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd