• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

oleh Mohd Arshad
02/01/2026
dalam Politik
0
Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi
Share on FacebookShare on Twitter

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara rasmi memfailkan saman pemula terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bagi mencabar keputusan mengisytiharkan kekosongan luar jangka tiga kerusi DUN baru-baru ini.

Mereka adalah Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim, Adun Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan Adun Chuping, Saad Seman yang diberhentikan keahlian dalam PAS pada 24 Disember lalu sehingga menyebabkan Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan mengumumkan kerusi DUN yang diwakili mereka perlu dikosongkan.

Dalam satu kenyataan media bersama hari ini, masing-masing menegaskan pengumuman Speaker bertarikh 25 Disember lalu itu dibuat di luar bidang kuasa yang diperuntukkan.

“Dalam hal ini, kami menghormati pandangan Speaker tetapi berpendapat keputusan mengisytiharkan kekosongan kerusi itu adalah ‘terkhilaf dan berada di luar aturan’.

“Susulan itu, kami mengambil tindakan memfailkan saman pemula terhadap Speaker sebagai defendan pertama dan DUN Perlis sebagai defendan kedua bagi menuntut mahkamah membatalkan pengisytiharan itu,” katanya.

Menurut mereka, tindakan berkenaan diambil demi kebajikan rakyat kerana ketiadaan wakil rakyat selama hampir dua tahun sebelum pilihan raya negeri seterusnya dianggap menjejaskan kepentingan pengundi di kawasan terbabit.

“Kami menuntut pengisytiharan yang dibuat defendan pertama adalah di luar aturan, terbatal, tidak sah dan defektif.

“Selain itu, kami memohon relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah,” katanya.

Mereka berkata tindakan saman itu difailkan melalui peguam, Mohd Jamil Yaacob daripada Tetuan Srihana Mohamad & Partners.

Sementara itu, Rus’sele ketika dihubungi berkata, ADUN berkenaan berhak memfailkan saman kerana itu adalah hak mereka dan beliau hanya menjalankan tugas seperti yang ditetapkan.

“Itu adalah hak mereka (failkan saman) dan saya pun jika ada ruang merayu atau apa jua perkara yang dapat memberi ruang kepada mereka untuk dilihat dari sudut undang-undang, saya akan berikan.

“Jika mereka menang pun tidak ada masalah apa-apa kerana saya hanya menjalankan tugas sebagai Speaker sahaja,” katanya.

Rus’sele berkata, buat masa ini pihaknya belum lagi menerima sebarang notis atau writ saman daripada pihak berkenaan.

-Harian Metro

Tags: adunsamanSpeaker
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

25/12/2025
0

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat...

Speaker Belum Terima Usul Rujuk PM Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

Speaker Belum Terima Usul Rujuk PM Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

08/08/2025
0

CYBERJAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul belum menerima sebarang usul bagi merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd