• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

oleh Mohd Arshad
30/12/2025
dalam Jenayah
0
Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur
Share on FacebookShare on Twitter

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur pada tahun lepas dan tahun ini.

Muhammad Farhan Abdul Karim, 34, minta dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Mengikut kesemua pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol remaja perempuan itu yang kini berusia 15 tahun di beberapa lokasi di sini pada November 2024 serta antara Jun, Julai, September dan Oktober lepas.

Lelaki itu dituduh melakukan perbuatan tersebut di dalam sebuah kenderaan Proton Waja milik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhadapan Bengkel Reka Bentuk Teknologi & Teknologi 1 sebuah sekolah menengah, di sini.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama di tandas perempuan dan tandas lelaki sekolah yang sama, serta di sebuah hotel dan rumah di Taman Hijrah di sini.

Muhammad Farhan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan jika didapati bersalah.

Ana Rozana kemudiannya membenarkan Muhammad Farhan diikat jamin berjumlah RM42,000 bagi kesemua pertuduhan itu, berserta syarat tambahan tidak dibenarkan mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 20 Januari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natasha Azmi, manakala Muhammad Farhan diwakili Peguam Hasnor Arysha Hamdan dan Nurul Hanani Che Nor.

-Harian Metro

Tags: anggota polisremaja bawah umurrogol
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) menegaskan komitmennya untuk menyiasat setiap dakwaan berdasarkan fakta dan undang-undang, sambil memandang serius...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd