• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

oleh Mohd Arshad
28/12/2025
dalam Terkini
0
Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis yang baharu.

Pengamal media yang tiba seawal 11.30 pagi dibenarkan masuk ke kawasan parkir di pekarangan istana yang dikawal rapi anggota keselamatan dan keadaan cuaca juga sangat baik, cerah dan berangin.

Anggota polis mengawal pintu masuk utama istana dan di beberapa simpang berhampiran laluan utama ke Istana Arau.

Pelantikan Menteri Besar Perlis ke-12 itu, berikutan peletakan jawatan Mohd Shukri Ramli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang pada 25 Disember lepas secara sukarela atas faktor kesihatan.

Pada hari sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Rus’sele Eizan mengumumkan kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

Kekosongan luar jangka itu berlaku selepas Pas pada 24 Disembere mengumumkan keahlian dalam parti itu untuk tiga ADUN parti tersebut iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) terhenti, susulan tindakan menarik sokongan terhadap Mohd Shukri.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Perikatan Nasional di Perlis memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN, dengan sembilan kerusi dimenangi ADUN Pas dan lima oleh Bersatu, manakala Pakatan Harapan (PH) menerusi PKR memenangi satu kerusi.

-Bernama

Tags: Istana ArauIstiadat Angkat Sumpahmbmedia
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

Sesi Pemulihan Faisal Halim Ambil Masa – MB

Sesi Pemulihan Faisal Halim Ambil Masa – MB

26/05/2024
1

SEMUA pihak diminta untuk memberikan ruang dan privasi kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihannya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd