• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MUBARAK Khuatir UMNO, BN Hilang Sokongan Jika Berlaku Persempadanan Semula Di Selangor

oleh Mohd Arshad
22/12/2025
dalam Politik
0
MUBARAK Khuatir UMNO, BN Hilang Sokongan Jika Berlaku Persempadanan Semula Di Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) dan UMNO dikhuatiri kehilangan sokongan lebih besar di Selangor sekiranya kerajaan melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya terutama di kawasan bandar.

Kebimbangan itu dibangkitkan Naib Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), Tan Sri Zainal Dahalan, mengambil kira kedudukan semasa BN khususnya UMNO di Selangor.

Beliau yang juga Yang Dipertua MUBARAK Selangor berkata, ia merujuk kedudukan BN yang hanya memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor iaitu di Sungai Air Tawar dan Dusun Tua.

BN juga, katanya tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Kita hanya tinggal dua kerusi daripada 12 yang diperuntukkan kepada BN. Jadi apabila berlaku persempadanan semula, maka tentunya ada kebaikan dan keburukan,” katanya ketika sesi Town Hall Veteran UMNO Selangor di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, persempadanan semula boleh dilakukan selepas kali terakhir dibuat lapan tahun lalu, bermula 26 Mac tahun depan.

“Kaedah persempadanan, kalau mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mengikut kepada jumlah pengundi berasaskan kepada tiga kategori iaitu kawasan bandar, separa dan luar bandar,” katanya.

Mengulas kebimbangan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata persempadanan semula kawasan dalam Parlimen dan DUN Selangor tidak akan berlaku sehingga PRU16.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya sudah membuat persediaan sekiranya perkara itu berlaku.

“… kita dah buat persediaan yang mana saya sudah minta kepimpinan bahagian untuk melihat kawasan-kawasan.

“Kita kena mengambil kira ada kawasan yang pengundinya dah lebih 300,000. Di Gombak sendiri dah lebih 200,000 (pengundi) jadi memang sepatutnya ada kawasan yang boleh jadikan kawasan pilihan raya yang baharu… tapi ianya akan berlaku selepas PRU16,” katanya.

Tambah beliau di peringkat UMNO Selangor, sekiranya berlaku persempadanan sebelum PRU16, pihaknya bersedia untuk mencadangkan kerusi-kerusi baharu.

-Berita Harian

Tags: BNmubarakPersempadanan SemulaselangorUMNO
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS perlu meneliti semula cadangan awal Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd