• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akmal Saleh Gesa BN, UMNO Keluar Segera Dari Kerajaan Perpaduan Jika Bermaruah

oleh Mohd Arshad
22/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Akmal Saleh Gesa BN, UMNO Keluar Segera Dari Kerajaan Perpaduan Jika Bermaruah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 22 Disember 2025 — Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia, Akmal Saleh, menggesa Barisan Nasional (BN) dan UMNO supaya segera keluar daripada Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Madani, yang disifatkannya sebagai lemah dan gagal mempertahankan maruah parti Melayu terbesar negara itu.

Gesaan tegas itu dibuat susulan reaksi Akmal terhadap sikap dan kenyataan pemimpin DAP yang dilihat semakin terbuka tidak menghormati UMNO, khususnya selepas keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak.

“Apa lagi yang perlu kita tunggu???

Tarik jer lah sokongan daripada kerajaan ni 

Biar kita jadi pembangkang yang bermaruah daripada dihina dari puak-puak bebal ni!!

Saya minta semua perwakilan yang akan datang ke PAU tidak lama lagi,senada dan berani bawa suara rakyat dan akar umbi orang melayu di bawah ini 

Biar PAU kali ini sekali lagi digegarkan dengan menjadi medan suara keramat orang Melayu!!

Jangan takut,jangan gentar!

Nak pesan pada Yeo Bee Yin(杨美盈)juga,jgn lupa alasan satu lagi untuk kamu meraikan bagi tahun ini adalah parti kamu ditolak secara total di Sabah!,” tegas belia dalam kenyataan berkenaan.

Akmal meluahkan kekecewaan mendalam terhadap kedudukan UMNO dalam kerajaan ketika ini, sambil mempersoalkan apa lagi yang perlu ditunggu sebelum parti itu menarik diri daripada gabungan pentadbiran negara.

Menurut Akmal, sikap pemimpin DAP yang secara terbuka menyindir dan meraikan keputusan mahkamah terhadap Najib jelas menunjukkan ketiadaan rasa hormat terhadap rakan gabungan, sekali gus mencerminkan kegagalan Kerajaan Perpaduan untuk mengawal disiplin dan adab dalam kalangan komponennya.

Beliau turut menegaskan bahawa UMNO tidak seharusnya terus berada dalam kerajaan sekiranya parti itu hanya dijadikan alat politik tanpa sebarang penghormatan, sedangkan pemimpin dan penyokongnya berdepan cemuhan berterusan.

Kenyataan Akmal itu sekali gus mencerminkan kemarahan akar umbi UMNO, khususnya sayap Pemuda, yang semakin lantang mempersoalkan hala tuju parti dalam Kerajaan Perpaduan yang turut disertai DAP.

Setakat ini, kepimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung gesaan terbuka Ketua Pemuda UMNO itu.

Namun, perkembangan ini dijangka meningkatkan tekanan dalaman terhadap kepimpinan parti menjelang tahun politik yang semakin mencabar.- MYNEWSHUB

Tags: UMNO
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd