Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See
Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas pencapaian di Sukan SEA 2025 yg baru berakhir.

Malaysia tamat di kedudukan ke-4 dgn 229 pingat keseluruhan termasuk 57 emas.
Ini satu peningkatan ketara berbanding Sukan SEA 2023, rekod terburuk negara, iaitu 175 pingat, 34 emas, kedudukan ke-7.
Jumlah 229 pingat bukan saja lepasi sasaran 200 pingat, malah memecahkan rekod pungutan pingat tertinggi Malaysia di Sukan SEA luar negara, mengatasi edisi Korat 2007.
Dari segi jumlah pingat emas, prestasi 2025 juga yg terbaik sejak Sukan SEA 2017 (tuan rumah) dan 2015 di Singapura.
Namun pencapaian ini perlu dilihat dgn beberapa faktor yg menyebelahi Malaysia:
1. Kemboja tarik diri kali ini susulan konflik dgn Thailand. Pada 2023, Kemboja sebagai tuan rumah berjaya mengatasi Malaysia, jadi penarikan ini sedikit sebanyak membantu kedudukan Malaysia.
2. Malaysia menghantar jumlah atlet dan menyertai jauh lebih banyak acara berbanding edisi lalu:
– 2025: 1,142 atlet, 50 sukan – 57 emas, 229 pingat
– 2023: 677 atlet, 33 sukan – 34 emas, 175 pingat
– 2019: 773 atlet, 52 sukan – 56 emas, 184 pingat
– 2017 (tuan rumah): 844 atlet, 38 sukan – 145 emas, 322 pingat
– 2015: 641 atlet, 35 sukan – 62 emas, 186 pingat
– 2007: 428 atlet, 39 sukan – 68 emas, 216 pingat
3. Walaupun benar Malaysia pecah rekod jumlah keseluruhan pingat tertinggi di luar negara, prestasi 2025 masih jauh di bawah edisi 2007.
Pada 2007, Malaysia raih 68 emas dan tempat ke-2 hanya dgn 428 atlet, berbanding 57 emas, tempat ke-4 dan 1,142 atlet kali ini, hampir 3 kali ganda lebih ramai.
Apa pun, prestasi 2025 tetap jauh lebih baik berbanding 2023, yg kekal sebagai pencapaian paling lemah dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan SEA – iaitu rekod yang masih milik Madani.

