• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramadan Di Malaysia Tahun Ini Dijangka Panas

oleh Ahmad Albab
10/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia diramal mengalami keadaan cuaca panas dengan taburan hujan yang sedikit sepanjang bulan Ramadan tahun ini, demikian menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Strategik dan Teknikal Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Rosaidi Che Abas berkata suhu pada bulan Ramadan yang bermula pertengahan Jun diramalkan sekitar 33 hingga 35 darjah celsius di samping keadaan hujan yang kurang daripada biasa.

“Suhu biasa di Malaysia adalah sekitar 30, 31, 32 darjah celsius tapi untuk puasa ini kita ramalkan agak panas sedikit mungkin sampai 35 darjah celsius,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ini disebabkan negara telah memasuki musim monsun barat daya yang secara relatifnya menyebabkan jumlah hujan diterima berkurangan.

Keadaan cuaca panas itu dijangka berterusan sehingga September, katanya.

Dr Mohd Rosaidi berkata keadaan suhu mungkin berbeza mengikut tempat, dengan memberi contoh kawasan di sebelah utara seperti Perlis dijangka lebih panas dengan penambahan suhu sehingga satu atau dua darjah celsius.

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia ialah Selasa 16 Jun ini bersamaan 29 Syaaban 1436 Hijrah.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Mohd Rosaidi berkata berikutan negara kini berada dalam monsun barat daya, ia sekali gus akan mengurangkan ribut petir.

Mengulas tentang perkongsian yang menjadi viral di laman sosial mengenai saranan agar orang ramai membasahkan pakaian ketika hujan untuk mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir, beliau berkata ia adalah tidak benar.

“Air merupakan satu daripada pengalir elektrik, maka jika ada kilat pada waktu hujan dan baju pula dibasahkan (dengan air) maka kemungkinan untuk kilat menyambar ada,” katanya.

Katanya tempat terbaik untuk mengelak daripada disambar petir ketika di luar rumah adalah dengan berada di dalam kenderaan kerana tayar pada kenderaan merupakan penebat elektrik terbaik.

“Elakkan daripada berada di luar rumah ketika ribut kuat berlaku, tetapi kalau kebetulan berada di luar segera berlindung di dalam bangunan kerana setiap bangunan ada penebat kilat.

“Paling penting jangan berada di kawasan lapang atau di bawah pokok kerana aliran caj akan ke tanah dan dibimbangi ke pokok sehingga mengancam nyawa,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Cuaca
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

29/11/2024
0

Kuala Lumpur : Faktor cuaca dan kecuaian pemandu antara punca utama kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) terbabas Kilometer (KM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd