• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Dan Didera, 5 Keluarga Rayu Anak Dibawa Pulang

oleh Mohd Arshad
19/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Dan Didera, 5 Keluarga Rayu Anak Dibawa Pulang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lima keluarga tampil merayu bantuan selepas anak mereka dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dan pemerdagangan manusia di Taiwan serta Kemboja yang dipaksa bekerja oleh sindiket, didera dan berdepan hukuman berat.

Keluarga mangsa merayu solusi kemanusiaan supaya anak mereka dibawa pulang ke Malaysia dengan selamat.

Seorang kakak mangsa yang ingin dikenali sebagai Celine, 23, berkata adiknya yang berumur 19 tahun berangkat ke Taiwan pada Disember 2024 sebelum ditahan polis negara itu.

Katanya, adiknya disyaki terbabit dengan sindiket penipuan pengeluaran wang melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan dipaksa bekerja oleh sindiket berkenaan.

“Adik saya mengetahui tawaran pekerjaan itu melalui satu aplikasi yang menawarkan pekerjaan di Taiwan.

“Dia dijatuhi hukuman penjara 25 tahun dan didakwa oleh pihak berkuasa Taiwan kerana terbabit sindiket penipuan di sana,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) di sini, hari ini.

Celine mendakwa adiknya didera sehingga meninggalkan parut dan terdapat unsur paksaan berdasarkan laporan perubatan.

“Kami (keluarga) kini meneliti langkah untuk mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman yang dijatuhkan,” katanya.

Dalam kes lain, ibu mangsa yang ingin dikenali sebagai Ooh, 50-an, berasal dari Hulu Selangor, berkata, anak lelakinya Chin, 18, berangkat ke luar negara pada 6 Disember selepas dimaklumkan kononnya mahu mengikut kursus bidang automotif di Kemboja.

“Anak saya kali terakhir menghubungi pada 11 Disember lalu dan memaklumkan dipukul ahli sindiket, tidak diberi makan selama empat hari serta diseksa menggunakan kejutan elektrik dan batang besi,” katanya.

Katanya, anaknya turut memberitahu dibawa ke kawasan lain untuk diajar teknik penipuan dan dipaksa bekerja oleh sindiket penipuan terbabit.

Sementara itu, Vivian, 52, seorang suri rumah, berkata anak lelakinya, Brian, 24, diminta mengikuti majikannya yang juga agensi pelancongan pada 8 Disember lalu bagi urusan pekerjaan di Kemboja.

Bagaimanapun, katanya, ketika sampai di sana, pasport anaknya ditahan sindiket yang menuntut pampasan 10,000 USDT (RM48,500) sebelum dinaikkan kepada 13,000 USDT (RM63,050).

USDT (USD Tether) merujuk mata wang kripto yang dipanggil stablecoin.

“Saya juga dimaklumkan keluarga rakan anak saya yang juga mangsa sebelum ini membayar pampasan kepada sindiket sama, namun masih tidak dibenarkan pulang,” katanya.

Katanya, anaknya dipercayai kini ditahan oleh pihak sindiket di sebuah kasino di Kemboja.

Kesemua keluarga terbabit termasuk dua lagi keluarga yang turut hadir hari ini merayu campur tangan pihak berkuasa dan kerajaan Malaysia supaya anak-anak mereka dapat diselamatkan dan dibawa pulang ke Malaysia dengan selamat.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata, pihaknya bekerjasama dengan pihak kedutaan Malaysia di Taiwan dan Kemboja bagi misi menyelamat mangsa serta membantu keluarga dalam urusan rayuan termasuk memantau sindiket untuk mencegah kejadian berulang.

BHonline-

Tags: sindiket
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Sindiket Edar Bunga Ganja Bernilai RM1.48 Juta Tumpas

Sindiket Edar Bunga Ganja Bernilai RM1.48 Juta Tumpas

04/08/2025
0

Kuala Lumpur: Empat individu termasuk dua wanita warga asing ditahan selepas terbabit dalam pengedaran 'nugget' atau bunga ganja bernilai RM1.48...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd