• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

oleh Mohd Arshad
19/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya di Taman Sri Inderapura, di sini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, menerusi satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

Dalam hantaran tersebut, Wan Rosdy menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham serta berharap mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan berkenaan.

“Saya menerima khabar duka seorang warden Penjara Penor iaitu Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin yang meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang merangkap Penyelaras DUN Tanjung Lumpur, serta Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Kamil Ibrahim, dan semua pihak yang membantu menguruskan jenazah Allahyarham.

Wan Rosdy turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Tags: akademi penjaradipenjara
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

Buruh Dipenjara 33 Tahun, 20 Sebatan Kerana Rogol Penjawat Awam

Buruh Dipenjara 33 Tahun, 20 Sebatan Kerana Rogol Penjawat Awam

21/03/2025
0

PUTRAJAYA: Seorang buruh yang mengaku bersalah kerana merogol seorang penjawat awam dua kali dan menceroboh rumah mangsa, dijatuhkan hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd