Kulai, 9 Disember 2025 – Seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh ditahan orang awam selepas didakwa memasuki tandas wanita di Terminal Bas Kulai, semalam.
Insiden tersebut dikongsikan oleh pengguna media sosial, Muhammad Hazrino, yang memaklumkan lelaki berkenaan dilihat memasuki tandas wanita walaupun papan tanda jelas terpampang di pintu masuk tandas.
Tindakannya disedari pengguna lain sebelum dia dicekup oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
Menurut perkongsian itu lagi, selepas ditahan lelaki tersebut berpura-pura tidak memahami situasi dan mendakwa tidak fasih berbahasa Melayu.
Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti motif tindakan lelaki tersebut serta status dokumennya di negara ini.
Orang ramai khususnya wanita dinasihatkan sentiasa berhati-hati ketika menggunakan tandas awam dan segera melaporkan sebarang situasi mencurigakan kepada pihak keselamatan.

