• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gebor Ada Kesan Darah, Aksi Di Bilik Hotel

oleh Mohd Arshad
07/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Gebor Ada Kesan Darah, Aksi Di Bilik Hotel
Share on FacebookShare on Twitter

Penguatkuasa JAINJ sudah godak sebuah bilik hotel di Segamat jam 10.30 malam.

Semoga perkongsian cerita ini dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita semua. Semoga diri kita, keluarga dan anak cucu kita terhindar dari perlakuan maksiat.

Jangan kata Johor ini banyak maksiat dengan pendedahan kes seperti ini. Negeri lain pun banyak tapi mungkin tidak ditangkap atau cerita tidak disebarkan. Penguatkuasa kena tegas tak mengenal sesiapa yang salah.

Pendekatan Penguatkuasa JAINJ adalah supaya ada sifat gerun kepada tindakan ini sehingga semakin takut orang hendak buat maksiat di Johor.

Pemimpin atasan Johor menerapkan program agama seperti semarak subuh di masjid/ surau dan dalam masa yang sama, penguatkuasa JAINJ bertindak tegas untuk membenteras salahlaku akhlak umat Islam.

Tiba di lokasi bilik hotel, penguatkuasa mengetuk bilik dan dibuka 5 minit kemudian oleh seorang wanita berpakaian seluar panjang dan t-shirt sambil hisap vape di tangan.

Apabila mengetahui yang datang itu adalah penguatkuasa, dia cuba katup pintu balik tetapi tak berjaya.

Penguatkuasa kangkangkan pintu dan masuk ke dalam setelah memperkenalkan diri. Penguatkuasa turut menegur wanita supaya simpan vape itu.

Penguatkuasa mengeluarkan lampu suluh yang dibeli di kedai Cik Sofea dan membuat pemeriksaan. Penulis ada angan-angan nak buat novel bertajuk “Lampu Suluh”, jangan kecam sebab berangan itu percuma.

Lampu bilik dibuka dan dijumpai seorang lelaki sedang duduk sila panggung atas karpet di lantai.

Dia berpakaian seluar panjang dan t-shirt dan nampak dedor ketakutan melihat penguatkuasa.

Hasil soal siasat, mereka hanya berendut, bukan suami isteri dan bukan mahram.

Lelaki masih bujang berumur 20-an, tinggal dan bekerja di Segamat. Wanita pula umur 20-an, dan belajar di sebuah kolej di negeri lain. Kampung wanita itu juga bukan di Segamat dan status atas kertas dan dalam sistem masih anak dara.

Penguatkuasa menjumpai seluar dalam dan baju dalam( orang Muo panggil sarung tetxx) kepunyaan wanita di atas kosi.

Keadaan katil dan gebor berkecah dan berkembur disyaki 2 orang itu tidur di situ sebelum pintu diketuk.

Pemeriksaan lanjut dilakukan di gebor putih dan menjumpai satu kesan tompokan darah di situ yang dah kering. Kesan darah apakah itu?

Yang pasti itu bukan darah nyamuk kerana tompokannya sebesar duit 50 sen lama.

Ini kisah dalam gebor dan dalam bilik berdua antara 2 jantina positif dan negatif. Kalau penulis salah ayat, nanti dikatakan berbaur lucah pula. Kalau terangkan keadaan kereta second untuk dijual, tidaklah dikatakan bahasa lucah. Tapi ini penulis dah terbiasa beri keterangan kes maksiat di mahkamah yang perlu diterangkan secara terperinci, sudah pasti ada yang kata ini kisah lucah.

Keadaan dua kaensal dah basah lokos. Ada beg dan pakaian wanita dalam gobok tetapi tiada pakaian lelaki.

Pasangan ini baru berkenalan di media sosial sebelum berendut dan mengatur pertemuan bersejarah ini.

Mereka seterusnya menempah satu lokasi supaya tiada sekelumit gangguan di bilik hotel untuk menghayati suasana penuh nostalgia.

Wanita datang ke sini kali pertama untuk serah diri dengan lelaki ini di Segamat. Ibarat perigi cari timba atau gasing cari tali atau rumput cari mesen.

Kalau nak ikut, sekarang Segamat dan Tangkak musim durian. Kesang pula musim duku.

Kalau nak senyum sampai ke telinga, carilah durian biji kesep. Ada satu lokasi tempat makan durian istimewa di Segamat dan harga bajet tapi tak boleh kabor, nanti tak memasal viral.

Kalau makan duku Kesang jangan gelojoh sangat, nanti terbelekek.

Di Segamat juga terkenal dengan ikan baung sungai ori. Kalau di Temerloh, baung masak tempoyak tapi di Segamat masak lemak cili api. Rasanya sedap penuh nikmat sampai boleh tersandar menjilat jari dan nak ulang lagi.

Cukuplah cerita keistimewaan Segamat, nanti ada yang cari isteri kedua orang Segamat pula, haha . Wanita Segamat ramai yang peramah dan senyum tak lokek. Serius arr, tak ngakal.

Jadinya, kalau laki kata nak ke Segamat kena ikut dan eskot, melak laki ada temujanji istimewa atau pegi isi borang kat pejabat Kadi. Sesambil tu boleh pau suami makan durian dan pekena ikan baung berapi.

Berdasarkan rekod di kaunter, bilik disewa atas nama wanita selama 2 hari dan ini adalah hari kedua. Tidak dapat dipastikan sama ada lelaki ada bersama sejak semalam atau hari ini.

Orang hotel tidak kemas bilik pada hari kedua. Darah itu tidak dapat dipastikan, tumpah hari pertama atau kedua, masih lagi misteri nusantara.

Mereka akhirnya tercungap longlai dan bertukar mimpi seram apabila ditangkap khalwat yang mengganggu kedamaian mereka.

Penguatkuasa cuba juga korek-korek cerita. Maka tersebutlah kisah, dia orang tidak ada rancangan untuk bernikah kerana baru sangat kenal.

Tapi masalahnya dia orang dah lelor, lenjan dan karo dulu walaupun tiada perancangan nak nikah. Sebab itulah orang Johor bercakap banyak perkataan ‘tapi’. Sebab susah nak menerangkan banyak benda pelik nijam.

Budak jaman sekarang tak sama dengan jaman dulu. Tujam lelaki dan perempuan sangat jaga tatasusila dan kesopanan.

Pasangan ini ditangkap atas kesalahan khalwat seksyen 27.

Meski ‘ku rapuh dalam langkah

Kadang tak setia kepada-Mu

Namun cinta dalam jiwa

Hanyalah pada-Mu

Maafkanlah bila hati

Tak sempurna mencintai-Mu

Dalam dada kuharap hanya

Diri-Mu yang bertahta.

Sumber Penguatkuasa JAINJ

Tags: JAINJ
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Illi Najwa Tak Pernah Keluar Islam

18/03/2021
0

JOHOR BAHRU - Siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati Illi Najwa Anuar Hussein Saddique, yang perkahwinannya dengan kapten...

Mesyuarat Khas Isu Kartel Daging Isnin Ini

04/12/2020
0

KULAI - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini, berhubung isu kartel daging yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd