• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

oleh Mohd Arshad
07/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut, Perak menuju ke Vietnam berjaya diselamatkan Maritim Malaysia dalam operasi menyelamat awal pagi tadi.

Menurut Maritim Malaysia, insiden berlaku kira-kira jam 1 pagi di kedudukan 59 batu nautika timur laut Merchang sebelum Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan segera mengaktifkan prosedur kecemasan dan mengarahkan kapal berkenaan menghampiri daratan bagi mengurangkan risiko.

Kapal peronda KM Sebatik kemudian diatur gerak menuju lokasi dan berjaya memindahkan kesemua anak kapal secara selamat di kedudukan kira-kira 5 batu nautika timur Kampung Jambu Bongkok.

Mereka yang berusia antara 21 hingga 54 tahun tiba di Jeti Zon Maritim Kemaman pada jam 6.05 petang untuk pemeriksaan kesihatan sebelum diserahkan kepada ejen masing-masing.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah, berkata kejayaan operasi itu membuktikan kesiapsiagaan anggota serta keberkesanan koordinasi SAR yang dilaksanakan.

“Setiap saat amat kritikal dalam operasi sebegini. Tindakan pantas anggota di lapangan memastikan semua mangsa dapat diselamatkan tanpa kecederaan serius,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pengusaha kapal supaya sentiasa mematuhi aspek keselamatan dan menjalankan pemeriksaan rapi sebelum serta sepanjang pelayaran bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang.

Maritim Malaysia menegaskan komitmen mereka untuk memastikan keselamatan nyawa di laut terus menjadi keutamaan. –MYNEWSHUB

Tags: APMM
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

09/12/2024
0

Johor Bahru : Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd