• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

oleh Mohd Arshad
07/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, meninggal dunia pada usia 81 tahun awal pagi tadi.

Berita duka itu dimaklumkan melalui hantaran Facebook Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sekitar jam 3 pagi, yang memaklumkan pemergian tokoh al-Quran tersohor itu.

Menurut kenyataan tersebut, Allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa Literasi Al-Quran Selangor dan Pensyarah Talaqi Lanjutan Tinggi di Akademi Literasi Al-Quran Selangor, telah kembali ke rahmatullah dan urusan pengurusan jenazah akan dilakukan di masjid berkenaan.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Urusan mandi dan kafan dijalankan selepas solat Subuh, manakala solat jenazah dijangka berlangsung sekitar jam 9 pagi,” menurut hantaran itu.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya.

Tan Sri Syaikh Ismail sebelum ini dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2021/1443H, selain dikenang sebagai Imam Besar Masjid Negara yang paling lama berkhidmat, iaitu selama 12 tahun sejak 2007 hingga 2019.

Sepanjang hayatnya, beliau turut memainkan peranan penting sebagai hakim Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, menjadikan pemergiannya satu kehilangan besar kepada negara dan dunia ilmu al-Quran.

Tags: Masjid Negara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Masjid Negara Adakan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Untuk Kanak-Kanak

21/11/2015
0

KUALA LUMPUR - Seramai 57 kanak-kanak berusia antara tiga dan 12 tahun menyertai majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid Negara pada...

Masjid Negara Jawab Isu Berkenaan Bilik Wuduk VVIP

11/11/2015
0

SEKEPING gambar memaparkan kewujudan sebuah bilik wuduk VVIP di Masjid Negara telah menimbulkan persoalan netizen di media sosial. Disebabkan itu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd