• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

oleh Mohd Arshad
06/12/2025
dalam Sukan
0
Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026
Share on FacebookShare on Twitter

MEXICO akan menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 di Mexico City pada 11 Jun, 16 tahun selepas kedua-dua pasukan turut bertemu dalam aksi pembukaan edisi 2010 di Afrika Selatan.

Juara bertahan Argentina memulakan kempen menentang Algeria, manakala Perancis tidak mahu berulang kejutan seperti tahun 2002 apabila mereka ditewaskan Senegal.

England juga berdepan permulaan sukar menentang Croatia yang menyingkirkan mereka di separuh akhir 2018.

Undian pada Jumaat di Washington turut menyaksikan Mexico diundi bersama Korea Selatan dan pemenang perlawanan semula Eropah.

Dua lagi negara tuan rumah, Kanada akan menentang pemenang perlawanan semula Eropah (berkemungkinan Itali), Qatar dan Switzerland, Amerika Syarikat (AS) pula berdepan Paraguay, Australia dan pemenang perlawanan semula Eropah.

Argentina pula diundi bersama Austria dan Jordan, yang membuat penampilan sulung dalam Kumpulan J – edisi terakhir Piala Dunia, Lionel Messi.

Dua kali juara dunia dan finalis 2022, Perancis, yang pernah tewas kepada Senegal pada aksi pembukaan 2002, mahu mengelak kejutan sama kali ini dalam Kumpulan I yang turut menampilkan Norway pimpinan Erling Haaland dan pemenang perlawanan semula antara benua.

Pemegang rekod juara lima kali Brazil akan menentang pasukan dalam separuh akhir 2022 Maghribi dan Scotland seperti tahun 1998, selain Haiti.

Empat kali juara Jerman pula dalam Kumpulan E yang dilihat mampu diurus, bersama pendatang baharu Curacao, Ivory Coast dan Ecuador.

England yang diundi bersama Ghana memulakan aksi menentang Croatia, yang pernah menewaskan mereka di separuh akhir 2018, dan menutup saingan kumpulan menentang Panama, yang pernah mereka tewaskan 6-1 dalam peringkat kumpulan edisi itu.

Juara Eropah Sepanyol berada dalam Kumpulan H bersama Cape Verde, Arab Saudi dan Uruguay.

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo pula mengharungi peringkat kumpulan terakhir kariernya menentang Uzbekistan, Colombia dan pemenang perlawanan semula antara benua.

Kejohanan dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026 itu dianjurkan di tiga negara buat kali pertama dan diperluas daripada 32 kepada 48 pasukan, merangkumi 104 perlawanan berbanding 64 sebelum ini di 16 stadium.

Sebagai rekod, AS menjadi tuan rumah kepada 78 perlawanan, manakala Mexico dan Kanada masing-masing 13 perlawanan.

-Bernama

Tags: Afrika SelatanmexicoPiala Dunia 2026
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

01/01/2026
0

MEXICO: Seorang usahawan terkenal, Alberto Prieto, dilaporkan dib*unuh oleh kumpulan kartel selepas beliau enggan membayar yuran perlindungan yang dituntut oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd