• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Memukau.. Koleksi Raya Bianco Mimosa 2015 Dilancarkan

oleh AK-47
16/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIANCO Mimosa; gabungan perkataan Itali yang bermaksud “putih” dan “semalu” adalah metafora terbaik bagi membayangkan rekaan eksklusif jenama ini.

Bianco bagai cerminan wanita Timur yang tampil manis mengenakan persalinan tidak terlalu mendedah namun pada masa sama, ianya tak menghalang wanita tampak secantik Mimosa yang dilitupi duri.

Dari sisi lain, rekaan jenama ini menampakkan stail eksklusif dan tersendiri namun selesa disarung selain mampu menerbitkan aura seksi, berani dan karisma pemakainya.

Begitulah yang diperlihatkan kepada umum sewaktu Koleksi Safari, Flora, Fauna dan Mimosa Raya 2015 dilancarkan dengan penuh gilang gemilang di Hotel The Royal Chulan, semalam.

Berkonsepkan safari, gimik yang dimainkan sebagai permulaan majlis membuat rata-rata hadirin terpukau dan kekal di tempat masing-masing hinggalah muzik dimainkan diikuti para peragawati jelita rancak membelah runway.

Antara tarian yang menjadi gimik awal persembahan fesyen Bianco Mimosa di Hotel The Roral Chulan, pada Selasa.
Tarian yang melengkapkan gimik awal persembahan fesyen Bianco Mimosa di Hotel The Royal Chulan, pada Selasa.

Majlis dihangatkan lagi dengan kemunculan Syed Muradzi Syed Shamsul Baharun atau lebih dikenali sebagai Dee (Sitkom Jangan Ketawa) selaku pengacara serta persembahan mantap penyanyi yang baru bergelar ibu, Nurul Wahab.

Hadirin jemputan pun bukan calang-calang. Selain Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku tetamu jemputan khas, ramai selebriti terkenal turut hadir menyaksikan koleksi yang dilancarkan secara gah ini termasuk Erra Fazira, Umie Aida dan Raja Azmi.

Erra Fazira dan sahabat baik, Umie Aida antara selebriti yang hadir ke majlis pelancaran koleksi raya Bianco Mimosa.
Erra Fazira dan Umie Aida antara selebriti yang mencuri tumpuan umum.

Merujuk kepada fesyen yang dipersembahkan secara eksklusif semalam, ternyata pengasas yang juga pereka Bianco Mimosa, Dato’ Ida Suraya Mustapha telah mempamerkan kelainan helaian jenamanya berbanding kebanyakan rekaan lain di pasaran tempatan hari ini.

BERKAITAN: Salute! Bos Syarikat ‘Engineering’ Buka Butik, Reka Sendiri Fesyen

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (tengah) menjadi tetamu jemputan khas.
Dato’ Ida Suraya (kanan) bersama Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (tengah) yang menjadi tetamu jemputan khas pertunjukan fesyen koleksi raya Bianco Mimosa 2015.

Wanita “besi” peminat cheetah yang terjun dari lapangan kasar kejuruteraan kepada seni halus fesyen ini, nyata tidak dapat lari daripada mengadaptasi elemen hidupnya ke dalam rekaan.

Justeru rekaan Bianco Mimosa sentiasa bermain dengan perincian yang memberi nilai tambah pada pakaian seperti zip di balik susunan manik, kaki skirt labuh yang mengembang indah apabila si pemakai melangkah, cebisan fabrik kulit di atas belahan jubah bagi memberi elemen ranggi dan bermacam lagi.

Berikut sebahagian koleksi yang diperagakan semalam.

DSC_2523

DSC_2429

DSC_2370

DSC_2414

DSC_2602

DSC_2534

DSC_2597

DSC_2362

DSC_2585

DSC_2427

DSC_2498

DSC_2560

DSC_2448

DSC_2455

Seorang fashion passionate yang menjadikan pentas peragaan seluruh dunia sebagai terapi minda, Dato’ Ida berkongsi impiannya mahu membawa elemen antarabangsa ke dalam busana berciri Timur tanpa galau andai ianya melanggar trend semasa di pasaran tempatan.

“Arus fesyen di negara ini agak statik kerana Malaysia bukan negara empat musim sebagaimana Eropah misalnya, lantas fesyen bertukar pada setiap tiga atau empat bulan.

“Kita juga belum mempunyai kepakaran untuk menghasilkan fabrik sendiri.

“Namun saya percaya muda mudi Malaysia kini kian terbuka soal gaya sekaligus bakal merubah atmosfera fesyen tempatan,” ujar Dato’ Ida ketika ditemui Mynewshub di butiknya sebelum ini.

Paling penting, beliau sama sekali tidak berkompromi soal kualiti fabrik, jahitan dan perincian menggunakan kerja tangan (hand made) pada setiap busana Bianco Mimosa sekaligus menjanjikan keselesaan apabila ianya disarung.

Pelancaran malam tadi menyaksikan koleksi raya aneka warna diperagakan di pentas catwalk, selain pelancaran rasmi laman web Bianco Mimosa kepada para pelanggan yang ingin mendapatkan koleksi jenama ini.

Jelas, rata-rata yang hadir bagai dipukau menyaksikan Koleksi Safari, Flora, Fauna dan Mimosa Raya 2015 ini.

Bagi anda yang ingin mendapatkan jenama eksklusif namun mampu milik ini bagi menyerikan lagi penampilan pada lebaran tahun ini, layari laman web www.biancomimosa.com atau kunjungi laman sosial Instagram biancomimosaofficial atau Facebook www.facebook.com/bianco.mimosa.

Bagaimanapun istimewa bagi mereka yang berkunjung sendiri ke butik Bianco Mimosa yang terletak di No 48-G, Jalan Nautika, B U20/B, Pusat Komersial TSB, 40160 Sungai Buloh, Selangor diskaun sebanyak 20% akan diberikan. Wow, banyak tu!

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan di talian 03- 61450029. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=6Iq1hsnZpCM&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=U6bSKs2QLSI

Oleh: Rem Ramzi
Foto/Video: Riza Razak

Tags: Bianco MimosaDato' Ida Suraya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cantik! Warna Pastel Sinari Koleksi Bianco Mimosa Raya

20/05/2016
0

JENAMA terkenal Bianco Mimosa (BM) juga tidak ketinggalan memperkenalkan koleksi busana raya, Mimosa Raya bagi menghangatkan sambutan lebaran pada tahun...

Bianco Mimosa Perkenal Koleksi Pakaian Untuk Lelaki

11/05/2016
0

JENAMA fesyen terkenal Bianco Mimosa (BM) tampil memperkenalkan rangkaian pakaian lelaki untuk memberikan lebih banyak koleksi pilihan kepada para peminat....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd