• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pelencongan Dana Untuk Peroleh Jet Kerajaan

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada dana yang dikhususkan bagi keselamatan di Sabah telah dilencongkan atau dikurangkan untuk pembelian jet kerajaan.

“Keselamatan di Sabah tiada kaitan langsung dengan pembelian jet rasmi,” katanya dalam ruangan soalan lazim yang ditanya dalam blog beliau najibrazak.com bagi menjawab soalan berkaitan pembelian kapal terbang itu ketika negara berdepan dengan isu keselamatan di Sabah.

Perdana Menteri berkata oleh kerana kerajaan prihatin dengan soal keselamatan, ia telah mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) untuk meningkatkan kawalan di sempadan Sabah, mengerahkan lima batalion terdiri daripada polis dan tentera untuk memantapkan kawalan di kawasan timur Sabah.

Esscom, katanya memastikan keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) meliputi 10 daerah di timur Sabah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Najib berkata walaupun Esscom telah berjaya mencegah pencerobohan baharu, penculikan terus menjadi ancaman terhadap keselamatan.

“Situasi ini kekal rumit susulan pemberontakan di selatan Filipina dan sempadan maritim Malaysia yang luas.

“Kerajaan telah meningkatkan rondaan dan operasi di seluruh kawasan berkenaan dan akan terus berbuat demikian,” katanya.

Najib menegaskan penculikan telah berlaku selama beberapa dekad tetapi tidak banyak yang telah dilakukan sebelum ini.

“Pendek kata, inilah situasi keselamatan yang saya warisi dan pengganas pilih untuk eksploitasi,” katanya dan menurutnya pencerobohan di Lahad Datu oleh warga asing menunjukkan betapa lemahnya keselamatan negara pada ketika itu.

Kerajaan, katanya komited untuk menghalang perkara itu daripada berulang.

“Kita juga akan senantiasa terhutang budi kepada semua yang telah mengorbankan nyawa mereka untuk mempertahankan dan melindungi kedaulatan negara kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd