• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBRS-BN Mampu Bawa Kejutan Di Sook, Kundasang

oleh Mohd Arshad
28/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
PBRS-BN Mampu Bawa Kejutan Di Sook, Kundasang
Share on FacebookShare on Twitter

PBRS-BN MAMPU BAWA KEJUTAN DI SOOK, KUNDASANG

Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yakin mampu mencipta kejutan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N36 Kundasang dan N45 Sook susulan perkembangan kempen yang menunjukkan sokongan semakin memberangsangkan di kedua-dua kawasan.

 

Ketua Penerangannya, Datuk Fredie Sua berkata kedua-dua kerusi itu meliputi kawasan besar dan mencabar kerana masing-masing disandang Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Belia dan Sukan.

 

“Ini kawasan ‘giant’ tetapi berdasarkan perjalanan kempen sejak hari penamaan calon, kita bukan sekadar berharap malah menjangka ada kejutan besar yang boleh dicapai.

 

“Sambutan pengundi di Kundasang dan Sook sangat positif dengan penglibatan rakan komponen termasuk UMNO yang membantu sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di Pekan Kundasang, di sini semalam.

 

Tambahnya, kerjasama dengan komponen BN turut terserlah apabila PBRS membantu calon BN di Paginatan dan Karanaan, manakala komponen lain membantu calon PBRS di kedua-dua kerusi yang ditandingi.

 

Dalam masa sama, Fredie berkata hubungan kukuh antara PBRS dan rakan gabungan memberi kekuatan tambahan dan meningkatkan keupayaan PBRS-BN untuk meraih keputusan positif.

 

“Kita yakin kemenangan berada dalam genggaman selepas dua minggu berkempen kerana sokongan pengundi semakin stabil dan memihak kepada PBRS-BN.

 

“Fokus kita sekarang ialah memastikan semua penyokong keluar mengundi pada 29 November (esok) bagi memastikan momentum ini diterjemahkan kepada kemenangan,” katanya.

 

Sehubungan dengan itu, Fredie menyeru pengundi di DUN Kundasang supaya keluar mengundi dan memberi sokongan penuh kepada calon PBRS-BN, Japirin Sahadi.

 

Beliau turut menggesa pengundi di DUN Sook memilih calon PBRS-BN, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup bagi memastikan kedua-dua kerusi kekal dalam genggaman PBRS-BN pada PRN Sabah Ke-17.

Ketua Penerangan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Fredie Sua optimis kedua-calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N36 Kundasang dan N45 Sook mampu mencipta kejutan.
Tags: KundasangSook
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

29/11/2025
0

Oleh Rohana Man KENINGAU - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menamatkan era malap pentas politik Sabah apabila Presidennya yang bertanding...

ChatGPT Pilih Arthur Kalahkan Ellron Di Sook 

ChatGPT Pilih Arthur Kalahkan Ellron Di Sook 

28/11/2025
0

SOOK: Sehari menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah esok, ChatGPT meramalkan calon Barisan Nasional (BN), Dato' Sri Arthur Joseph...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd