• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Jujur Arthur Jadi Tarikan Kuat

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Kempen Jujur Arthur Jadi Tarikan Kuat
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU:  Tidak berpura-pura dan jujur dalam kempennya antara tarikan terbesar calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Datuk Ramzah Dambul berkata, Arthur bukan pemimpin ‘kayangan’ seperti yang disangkakan sesetengah pihak.

Beliau sebenarnya sangat dekat dengan akar umbi, malah membesar dengan didikan bapanya yang berjiwa rakyat iaitu mendiang Tan Sri Joseph Kurup membolehkan beliau amat memahami permasalahan di Sook.

“Dato’ Sri Arthur seorang pemimpin yang mempunyai tarikan di peringkat akar umbi, sebab saya pernah beberapa kali mengikuti program beliau, termasuk di Kota Kinabalu.

“Saya sendiri pada awalnya menyangka beliau seorang pemimpin ‘kayangan’ tapi tidak sama sekali, dia boleh meletakkan dirinya bersama golongan akar umbi.

“Ucapannya sangat merendah diri dan kita boleh nampak ia sesuatu yang organik (bukan dibuat-buat),” katanya ketika ditemu ramah di sini hari ini.

Kata Ramzah, kemampuan Arthur, 43, juga sudah terbukti kerana pada usia muda beliau telah menjawat jawatan penting di beberapa kementerian.

“Dia pernah berada di beberapa kementerian seperti MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi), dan sekarang Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Timbalan Menteri).

“Arthur menunjukkan prestasi baik di kementerian mana pun yang diletakkan,” ujarnya.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu juga pernah menjadi Timbalan Menteri Kerja Raya dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi). -MYNEWSHUB

Tags: Arthur Kurup
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

COP31: Janji Menuju Realiti, Peralihan Tenaga Hijau Keutamaan Malaysia

COP31: Janji Menuju Realiti, Peralihan Tenaga Hijau Keutamaan Malaysia

17/11/2026
0

Bumi seakan-akan tidak lagi mampu menyembunyikan deritanya yang semakin memilukan. Ungkapan itu mungkin sesuai menggambarkan keadaan alam sekitar global yang...

Tawaran NRES Bantu Indonesia Tangani Jerebu Cerminan Kepimpinan Serantau

Tawaran NRES Bantu Indonesia Tangani Jerebu Cerminan Kepimpinan Serantau

15/09/2026
0

PUTRAJAYA: Kesediaan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menawarkan aset dan kepakaran bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.