KOTA KINABALU – Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 menampilkan lebih ramai calon-calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kalangan anak muda yang berwibawa.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Datuk Ramzah Dambul berkata, PRN kali ini memperlihatkan sedikit kelainan dengan penglibatan calon anak muda Sabah Yang mempunyai hala tuju jelas dalam politik Negeri.
“Hampir semua parti menampil muka baru dalam kalangan anak muda yang berumur 45 tahun ke bawah.
“Mereka ini dilihat mampu mengetengahkan isu-isu Yang dekat dihati rakyat dengan lebih agresif dan menyeluruh,” kata beliau ketika ditemuramah di sini hari ini.
Menurutnya, beliau tidak melihat percubaan itu sebagai menolak kewibawaan dan kepimpinan calon-calon yang lebih berusia.
“Masyarakat sekarang mahu penglibatan anak muda supaya ada keseimbangan dalam aspek pembuat keputusan politik antara generasi muda dengan yang tua,” katanya.
Antara calon anak muda Yang bertanding pada PRN kali ini termasuklah calon Barisan Nasional (BN) DUN N45 Sook, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, calon Pakatan Harapan (PH) Di DUN Kadamaian, Datuk Phoong Jin Zhe, 36, calon Di Lukas, Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedict (42) dan Jordan Jude Ellron, 28 calon Bebas Di DUN Tulid.



