• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Panggil 2 Pelajar Tolak Motosikal URB Sehingga Anggota Polis Terjatuh

oleh Mohd Arshad
27/11/2025
dalam Terkini
0
Polis Panggil 2 Pelajar Tolak Motosikal URB Sehingga Anggota Polis Terjatuh
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR BAHARU: Polis sudah mengesan dua pelajar yang menolak motosikal polis sehingga terjatuh di Simpang Empat, Jalan Selama, Kuala Dingin di sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Superintendan Syamsul Sinring, dalam kenyataannya berkata pihaknya mengesan video tular 34 saat di TikTok membabitkan dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Serdang yang ketika itu menjalankan tugas di lokasi.

Kejadian dipercayai berlaku 20 November lalu kira-kira jam 2 petang yang mana anggota URB terbabit sampai di lokasi kejadian dan mendapati sekumpulan pelajar sekolah sedang berkumpul bersama motosikal di tengah jalan dan ada antara mereka tidak memakai topi keledar.

“Kehadiran polis menyebabkan kumpulan pelajar itu melarikan diri namun sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 hitam merah yang dinaiki dua pelajar gagal dihidupkan ketika itu.

“Anggota URB terbabit cuba menahan untuk melakukan pemeriksaan terhadap pelajar dan motosikal berkenaan tetapi pelajar terbabit menolak salah sebuah motosikal URB menyebabkan terjatuh dan anggota terbabit turut jatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syamsul berkata, berikutan itu, polis IPD Bandar Baharu berjaya mengesan dua pelajar terbabit dan dipanggil ke IPD Bandar Baharu bersama waris.

“Nasihat sudah diberikan kepada mereka supaya tidak mengulangi kesilapan dan usaha ini menunjukkan pihak IPD Bandar Baharu memberikan didikan dan kefahaman kepada pelajar serta ibu bapa supaya tidak melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya,” katanya.

-Berita Harian

Tags: motosikalpolisURB
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd