• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukar Wakil Rakyat Demi Masa Depan Anak Kita

oleh Mohd Arshad
26/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Tukar Wakil Rakyat Demi Masa Depan Anak Kita
Share on FacebookShare on Twitter

SOOK: “Cukuplah mak ayah kita dan kita sahaja duduk dalam keadaan daif, takkan kita nak anak-anak kita menghadap isu yang sama.”

Itu luahan hati penduduk Kampung Biah Tengah, Nick Ardlaye Nicholas yang mengakui akan mengundi untuk menukar wakil rakyat dalam Pilihan Raya ke-17 (PRN) Sabah, Sabtu ini demi melihat perubahan di Sook.

Nick, 29, berkata, dia dan keluarganya tidak pernah membenci pemimpin sekarang, Datuk Ellron Angin, apatah lagi mereka berasal dari kampung yang sama, namun dia hanya inginkan perubahan selepas melihat kemajuan di Sook terlalu perlahan.

“Sudah terlalu lama penduduk Sook memberi peluang kepada wakil rakyat sekarang. Bukan saya kata dia tak baik tetapi kamu boleh nampak sendiri, kemajuan di Sook terlalu perlahan dan sampai bila kita nak hadap semua ini?

“Kalau kita mahu anak-anak kita mempunyai masa depan lebih baik, kenalah pilih orang yang tepat untuk membangunkan Sook. Saya nampak ciri-ciri itu ada pada Dato’ Sri Arthur (Joseph Kurup),” kata Nick yang akan mengundi buat kali kedua.

Menurut Nick, sungai tersumbat, jambatan gantung untuk mengeluarkan hasil pertanian, tiang elektrik baharu, bekalan air bersih, pewartaan tanah perkuburan Islam dan Kristian, Program Perumahan Rakyat Sejahtera dan pewartaan tanah perkampungan antara isu besar yang perlu ditangani segera.

Nick juga menyeru penduduk Sook, terutama anak-anak muda supaya memilih calon berdasarkan keupayaan mereka untuk melakukan perubahan bukan disebabkan sentimen kaum, keluarga mahu pun wang.

Ellron, 66, yang bertanding sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN17 tidak pernah kalah sejak memenangi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N45 Sook pada 2008.

Pada pilihan raya kali ini, beliau dijangka berdepan tentangan hebat daripada calon muda Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur, 43, yang telah membawa banyak pembangunan sepanjang menjadi Ahli Parlimen Pensiangan.

Tiga lagi calon yang bakal bertanding adalah Ireneus Pagut@Jreneus Pagut (STAR), Joseph Peter Tinggi (Warisan) dan dan V Chong Vin@Siau Ho (PIS).

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/11/VID_20251126_233201_455.mp4
Tags: Arthur KurupJapirin
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pasaran Karbon Di Sarawak Lindungi Hutan, Tidak Pinggir Komuniti Tempatan – Arthur

Pasaran Karbon Di Sarawak Lindungi Hutan, Tidak Pinggir Komuniti Tempatan – Arthur

27/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sentiasa memastikan pembangunan pasaran karbon negara di Sarawak seiring pemeliharaan...

PERSEDIAAN MENDEPANI CUACA PANAS DAN FENOMENA EL NIÑO

PERSEDIAAN MENDEPANI CUACA PANAS DAN FENOMENA EL NIÑO

10/07/2026
0

MENTERI Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-27 Sub-Regional Ministerial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd