• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Gantung Bendera Parti Di Kediaman ‘Trending’ Luar Biasa – Japirin

oleh Mohd Arshad
26/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Tidak Gantung Bendera Parti Di Kediaman ‘Trending’ Luar Biasa – Japirin

Japirin Sahadi ( duduk empat kiri) dan Datuk Dr Ewon Ebin (duduk tiga kanan) sewaktu mengadakan lawatan ke Kampung Debut Langsat, Kundasang, Sabah, semalam.

Share on FacebookShare on Twitter

CALON Barisan Nasional (BN), Japirin Sahadi dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mengesahkan perbuatan mengibarkan bendera parti politik di kediaman penduduk sebagai tanda sokongan kepada wakil rakyat tertentu tidak lagi menjadi ‘trending’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang.

Beliau berkata, kebiasaan dulu memang letak bendera di setiap rumah itu menjadi amalan penduduk sebagai tanda sokongan kepada calon wakil rakyat yang menjadi pilihan mereka.

“Tapi sekarang saya tengok macam ada perlahan sikit itu bendera (dikibarkan) di rumah,” katanya ketika ditemui sewaktu mengadakan lawatan ke Kampung Debut Langsat di Kundasang, Sabah, semalam.

BACA: Angin Perubahan Di DUN Kundasang? 

Mengulas lanjut ‘trending’ baharu yang sedang berlaku pada ketika ini, Japirin berkata, senario tersebut mungkin terjadi disebabkan penduduk masih dalam dilema dan belum memutuskan siapakah yang bakal diundi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang akan diadakan pada Sabtu ini.

“Keadaan itu berlaku kerana ketiadaan sokongan kepada calon-calon tertentu dan ia juga mungkin terjadi disebabkan keraguan terhadap penyandang atau wakil rakyat yang dipilih sebelum ini,” ujarnya.

Jelas beliau, sememangnya menjadi ‘trending’ di Sabah, mengibarkan bendera parti politik tertentu merupakan satu tanda sokongan penduduk berkenaan kepada calon parti tertentu.

“Di sini memang dia punya ‘trend’ begitu, kalau dia sudah letak bendera di depan rumah itu, memang itulah yang dia akan undi, tapi sekarang ini saya tengok tidak ada,” katanya.

Menurut Japirin, keadaan tersebut menjadikan persaingan di DUN Kundasang lebih terbuka dan pasukannya sudahpun mengenal pasti pendirian penduduk-penduduk terlibat.

“Saya ingat ini satu pendekatan yang baharulah di sini, ia satu trend baharu dan perubahan ini memang luar biasa sikit,” katanya.

Japirin Sahadi ( duduk empat kiri) dan Datuk Dr Ewon Ebin (duduk tiga kanan) sewaktu mengadakan lawatan ke Kampung Debut Langsat, Kundasang, Sabah, semalam.
Tags: Japirin
Share214Tweet134SendShare

Related Posts

Joachim Pemimpin Kundasang Paling Gagal – Japiril

Joachim Pemimpin Kundasang Paling Gagal – Japiril

28/11/2025
0

Calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Japiril Suhaimin mengasak penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N36 Kundasang, Datuk Seri Dr...

Kundasang Bergoncang, Japirin Cabar Dominasi Kerusi ‘Berhabuk’ GRS

Kundasang Bergoncang, Japirin Cabar Dominasi Kerusi ‘Berhabuk’ GRS

27/11/2025
0

Kemunculan calon baharu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)‑Barisan Nasional (BN), Japirin Sahadi buat kali pertama bagi kerusi Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd