• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angin Perubahan Di DUN Kundasang? 

oleh Mohd Arshad
26/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Angin Perubahan Di DUN Kundasang? 
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah angin perubahan sedang bertiup kencang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang?

Setiap kali menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), penduduk di Sabah termasuk yang berada di Kundasang, memiliki satu ‘trend’ memacak bendera parti yang mereka sokong di kediaman masing-masing.

Namun, pada PRN ke-17, trend itu tidak diteruskan oleh penduduk di DUN Kundasang.

Ketika mengikut lawatan kempen calon Barisan Nasional (BN), Japirin Sahadi dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di Kampung Kauluan, kelmarin, penulis sempat berbual dengan salah seorang penduduk di situ.

Perbualannya penuh isi, lebih-lebih lagi individu tersebut merupakan seorang pesara tentera yang pernah berkhidmat bersama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan pengetahuannya cukup luas.

Dalam banyak-banyak isu yang menjadi perbualan kami, topik bendera parti dikibarkan di kediaman penduduk mencuri perhatian penulis.

Kata beliau, ‘trending’ mengibarkan bendera parti di kediaman penduduk tidak berlaku pada PRN kali ini.

Lantas penulis bertanya, adakah amalan itu sebagai satu isyarat sokongan tuan rumah terhadap parti-parti politik tertentu yang bertanding?

Sambil membenarkan pertanyaan penulis, katanya lagi, senario tersebut bagaimanapun tidak berlaku pada PRN kali ini.

Kebetulan lokasi penulis berada adalah di satu kawasan tinggi dengan panorama kediaman-kediaman penduduk yang terbentang di hadapan mata penulis.

Memang benar tiada satupun bendera yang dikibarkan di rumah-rumah penduduk kampung tersebut, malah, senario sama turut berlaku di kampung-kampung yang sempat penulis kunjungi.

Menyaksikan ‘trending’ baharu yang sedang berlaku di DUN Kundasang, terbetik dalam fikiran penulis, adakah warga Kundasang masih belum memutuskan siapakah calon wakil rakyat yang mereka sokong sedangkan hari mengundi hanya tinggal beberapa hari lagi.

Membiarkan sahaja bendera parti-parti politik dikibarkan di sepanjang laluan kampung, adakah warga Kundasang bersedia menerima perubahan selepas lima penggal lamanya memilih wakil rakyat yang sama?

Jika benar, selepas 25 tahun, akhirnya warga Kundasang mula membuka mata dan mahukan ‘orang baharu’ menjadi wakil suara mereka.

Perubahan yang dimahukan penduduk mungkin disebabkan rasa kurang puas hati terhadap pembangunan di Kundasang khususnya kemudahan infrastruktur yang masih berada di takuk lama.

Kediaman warga Kundasang yang biasanya meriah dengan kibaran bendera parti, tetapi pada PRN kali ini senario itu tidak berlaku.
Tags: JapirinKundasang
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PBRS-BN Mampu Bawa Kejutan Di Sook, Kundasang

PBRS-BN Mampu Bawa Kejutan Di Sook, Kundasang

28/11/2025
0

PBRS-BN MAMPU BAWA KEJUTAN DI SOOK, KUNDASANG Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yakin mampu mencipta kejutan di kerusi Dewan Undangan...

Joachim Pemimpin Kundasang Paling Gagal – Japiril

Joachim Pemimpin Kundasang Paling Gagal – Japiril

28/11/2025
0

Calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Japiril Suhaimin mengasak penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N36 Kundasang, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd