• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Tahun Sengsara Tunggu Air Bersih

oleh Mohd Arshad
26/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
20 Tahun Sengsara Tunggu Air Bersih
Share on FacebookShare on Twitter

Rohana Man

20 tahun sengsara tunggu air bersih

SOOK : Jika anak muda di pekan Sook mahu kedai kopi hipster berkonsepkan kedai kopi moden yang menjadi salah satu gaya hidup golongan muda dibuka di pekan mereka, berbeza pula dengan anak muda di pedalaman daerah ini.

Bagi anak muda yang menetap di kampung-kampung pedalaman Sook, apa yang paling mereka mahu segera adalah bekalan air yang bersih.

Alia Amira Mitus, 20, dari Kampung Seri Menanti berkata, beliau berharap calon yang dipilih dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih di kampungnya.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/11/VID-20251126-WA0053.mp4

Menurut Alia, kampungnya sudah ada paip yang menyalurkan air bersih ke rumah penduduk tetapi bekalan air kerap terputus.

Katanya, bekalan air terputus selama seminggu di kampungnya adalah perkara biasa.

“Biasanya, kampung kami tidak ada air selama seminggu.

“Apabila bekalan air terputus, kami akan guna air tangki.

“Tetapi apabila air tangki habis digunakan, kami terpaksa mengambil dan mengangkut air dari kolam atau sungai berdekatan,” katanya kepada penulis.

Menurutnya, bekalan air terputus kerana air dicatu untuk keperluan penduduk di kampung lain.

“Ketika air dibekalkan ke kampung lain, maka kampung kami akan terputus bekalan air bersih,” ujarnya.

Masalah air yang berterusan menghantui penduduk itu adalah bukti kegagalan wakil rakyat terdahulu, Datuk Ellron Angin.

Walaupun beliau menjadi ADUN selama empat penggal (20 tahun), beliau gagal membantu penduduk menyelesaikan masalah air bersih.

Justeru, Alia mengajak anak muda Sook memilih calon No 4, DUN N.45 Sook yang telah terbukti buat kerja dan hasilnya boleh dilihat iaitu Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup.

“Ini kali pertama saya mengundi. Saya mahu guna peluang ini untuk memilih calon yang telah terbukti membawa pembangunan di daerah Sook,” tambahnya.

Sementara itu, penduduk Kampung Kebulu, Siti Milah Marusin, 59, berkata, bekalan air di kampungnya akan keruh jika hujan lebat dan mengambil masa tiga hari untuk kembali jernih.

“Selain keruh pada hari hujan, bekalan air di kampung kami juga kerap terputus.

“Biasanya, bekalan air terputus selama tiga atau empat hari.

“Sepanjang tempoh itu, kami terpaksa berjimat menggunakan air tangki dan tadahan air hujan,” katanya.

Tags: Arthur KurupNabawanSook
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Arthur Catat Majoriti Tertinggi Antara Enam Calon BN Yang Menang

Arthur Catat Majoriti Tertinggi Antara Enam Calon BN Yang Menang

30/11/2025
0

1I1KENINGAU - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup tampil sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang mendapat majoriti tertinggi pada PIilihan Raya...

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

29/11/2025
0

Oleh Rohana Man KENINGAU - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menamatkan era malap pentas politik Sabah apabila Presidennya yang bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd