• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamri Baba Dipindahkan Ke Hospital Siloam Karawaci Di Jakarta

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelumba SuperSports 600cc negara, Muhammad Zamri Baba, yang cedera parah akibat kemalangan pada pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2015 di Litar Antarabangsa Sentul, dekat Jakarta, Ahad lepas, telah dipindahkan ke Hospital Siloam Karawaci di Jakarta.

Sebelum ini, pelumba berusia 31 tahun itu, yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan patah tangan dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, dimasukkan ke Pusat Perubatan Pertamedika Sentul City di Bogor.

Pasukannya, MUSASHi Boon Siew Honda Racing Team hari ini berkata Zamri Baba masih dalam keadaan koma tetapi keadaannya stabil.

Menurut kenyataan pasukan itu, pelumba itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di bawah jagaan sekumpulan pakar bedah saraf utama di Indonesia diketuai Prof Dr Eka Julianta Whajeopramono.

Keluarga Zamri Baba kini berada di sisinya dan telah diberi penerangan mengenai keadaan pelumba itu.

Pasukan itu berkata mereka sedang membuat aturan untuk membawa pulang pelumba itu ke tanah air untuk rawatan susulan sebaik sahaja keadaan pelumba itu mengizinkan.

“Bagi pihak keluarga Zamri, pasukan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa dan mengambil berat tentang perkembangan keadaan pelumba itu.

“Bagaimanapun, kami merayu kepada semua untuk menunggu kenyataan rasmi sebelum berkongsi atau menyiarkan laporan yang tidak sah,” menurut kenyataan itu.

Pada perlumbaan ARRC itu, Zamri Baba, yang terbabas ke kawasan bantuan kelikir di tepi trek pada lap keempat pusingan pertama, dilanggar dari belakang oleh pelumba Indonesia, Dimas Ekky Pratama.

Ekoran insiden itu, Zamri Baba segera dihantar ke hospital, kira-kira 10 minit daripada litar tersebut untuk rawatan.

Selain Zamri Baba, perlumbaan itu dicemari dengan satu lagi insiden apabila pelumba Indonesia, M. Fadil Immammuddin dilanggar dari belakang oleh pelumba Thailand, Jakkrit Sawangswat ketika sedang menuju ke garisan penamat untuk meraikan kemenangan pertamanya musim ini.

Fadil dilaporkan mengalami kecederaan teruk pada kaki kirinya manakala pelumba Thai itu berada dalam keadaan koma.

ARRC berkata kesemua pelumba tersebut dipindahkan dari Pusat Perubatan Pertamedika Sentul City, Bogor, pada pukul 5 petang, semalam.

Menurut kenyataan itu, proses memindahkan pelumba ke hospital di Jakarta diawasi oleh Dr Steven Antonius iaitu Ketua Pegawai Perubatan, Litar Sentul. – BERNAMA

Tags: ARRC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misi Sukar Zaqhwan Zaidi Pertahan Kejuaraan

29/11/2017
0

PELUMBA SuperSports 600cc negara, Mohd Zaqhwan Zaidi mengakui berasa sedikit tertekan menghadapi pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) dalam...

Terpulang Kepada Zamri Jika Mahu Berlumba Lagi

17/01/2016
0

PUTRAJAYA - Keluarga bekas pelumba SuperSports 600cc negara, Mohamad Zamri Baba memberikan kebebasan kepada pelumba itu sekiranya beliau berhasrat untuk kembali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd