• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ing Yueh Tebus Kecewa Raih Emas Acara Palang Bertingkat

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Gimnas negara, Tan Ing Yueh berjaya menebus kekecewaannya dengan meraih pingat emas acara palang bertingkat individu wanita pada Sukan SEA ke-28 hari ini.

Ing Yueh yang membuat penampilan sulung pada Sukan SEA Singapura, mempamerkan aksi bertenaga untuk mengutip 12.766 mata, menewaskan Ava Lorein Verdeflor dari Filipina yang mengumpul 12.336 mata.

Seorang lagi gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi meraih gangsa selepas mengutip 12.200 mata.

“Terima kasih kepada jurulatih dan rakan sepasukan. Saya tidak menyangka dapat meraih pingat emas dalam penampilan pertama di Sukan SEA.

“Farah sering memberi contoh terbaik kepada kami (atlet gimnas). Beliau juga mempamerkan aksi yang baik hari ini. Tidak kira siapa sumbang pingat emas…sasaran kami ialah mahu berikan pingat emas kepada negara,” kata Ing Yueh.

Dalam pada itu, Ing Yueh meraih pingat perak dalam acara individu melombol hari ini, manakala Farah Ann meraih gangsa, selepas masing-masing mengumpul 13.466 dan 13.316 mata.

Gimnas Vietnam Phan Thi Ha Thanh meraih pingat emas selepas mengumpul 13.983 mata.

Ing Yueh dan Farah Ann akan mengambil bahagian dalam acara titian imbangan dan senaman lantai, esok.

Pada acara keseluruhan individu semalam, Ing Yueh gagal menampilkan aksi terbaik dan menduduki tempat ketujuh daripada 11 gimnas yang bertanding. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd