• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Perkuburan Kauluan Perlu Geran Sah Segera – Penduduk

oleh Mohd Arshad
24/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Tanah Perkuburan Kauluan Perlu Geran Sah Segera – Penduduk

Pengerusi Surau At-Tawwab Kampung Kauluan, Azmi Mansor menegaskan bahawa ketiadaan dokumen sah menimbulkan kebimbangan serius ekoran tanah perkuburan itu mudah terdedah kepada pertindihan pembangunan dan tidak mempunyai perlindungan undang-undang yang sewajarnya.

Share on FacebookShare on Twitter

Penduduk Kampung Kauluan merayu agar proses pewartaan tanah perkuburan kampung itu dipercepatkan kerana kawasan berkenaan masih belum mempunyai geran rasmi walaupun telah digunakan sejak sekian lama.

 

Pengerusi Surau At-Tawwab Kampung Kauluan, Azmi Mansor menegaskan bahawa ketiadaan dokumen sah menimbulkan kebimbangan serius ekoran tanah perkuburan itu mudah terdedah kepada pertindihan pembangunan dan tidak mempunyai perlindungan undang-undang yang sewajarnya.

Pengerusi Surau At-Tawwab Kampung Kauluan, Azmi Mansor menegaskan bahawa ketiadaan dokumen sah menimbulkan kebimbangan serius ekoran tanah perkuburan itu mudah terdedah kepada pertindihan pembangunan dan tidak mempunyai perlindungan undang-undang yang sewajarnya.

“Apabila wakil kami membuat semakan di Pejabat Tanah Daerah Ranau, kami dimaklumkan bahawa tanah perkuburan itu belum diwartakan, menandakan tidak ada tindakan susulan menyeluruh yang pernah disiapkan sebelum ini.

 

“Dalam aspek pengurusan, ia sering menjadi rumit kerana tiada hitam putih yang mengesahkan status kawasan tersebut walaupun ia telah lama dijadikan tempat persemadian penduduk,” usulnya kepada calon BN N36 Kundasang, Japirin Sahadi dalam sesi lawatan dan kempen ke Markas BN Kampung Kauluan, di sini semalam.

 

Tambah Azmi, keadaan bertambah meresahkan apabila wujud projek pembangunan berhampiran kawasan berkenaan kerana mereka tidak mempunyai dokumen rasmi untuk mempertahankannya.

 

Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kampung Kauluan menjelaskan bahawa semakan sempadan turut menunjukkan tanah perkuburan itu berada sangat hampir dengan laluan jalan raya sedia ada, menjadikan keperluan pengesahan rasmi semakin mendesak.

 

“Baru-baru ini, ketika kontraktor mahu melaksanakan pembinaan jalan merentasi kawasan perkuburan Islam di situ, kami tidak dapat mempertahankan kawasan itu kerana ketiadaan geran yang mengesahkan ia Tanah Perkuburan Kauluan, namun bantahan keras yang dibuat penduduk telah berjaya menghentikan projek terbabit buat sementara waktu.

 

“Proses dokumentasi pernah dimulakan sebelum ini tetapi tidak pernah diselesaikan, menyebabkan status tanah kekal tergantung dan menyukarkan sebarang perancangan jangka panjang,” katanya.

 

Dalam masa sama, penduduk memaklumkan bahawa kawasan perkuburan itu mempunyai keluasan kira-kira dua ekar dan hanya sebahagian kecil sahaja yang telah digunakan penduduk setempat sama ada untuk pengebumian kariah Islam atau bukan Islam.

 

Mereka berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera bagi mempercepatkan pewartaan dan pengeluaran geran rasmi demi memastikan tanah perkuburan kampung itu dilindungi serta diiktiraf sepenuhnya untuk kepentingan generasi akan datang.

 

Kampung Kauluan didiami hampir 1,000 penduduk dengan komposisi 50 peratus Muslim manakala selebihnya bukan Islam bergantung kepada aktiviti pertanian dan pelancongan kecil sebagai sumber pendapatan.

 

Kampung ini juga terletak berhampiran Gunung Kinabalu, menjadikannya lokasi menarik bagi pelancong tempatan dan antarabangsa.

Tags: NabawanSook
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

29/11/2025
0

Oleh Rohana Man KENINGAU - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menamatkan era malap pentas politik Sabah apabila Presidennya yang bertanding...

PBRS-BN Mampu Bawa Kejutan Di Sook, Kundasang

PBRS-BN Mampu Bawa Kejutan Di Sook, Kundasang

28/11/2025
0

PBRS-BN MAMPU BAWA KEJUTAN DI SOOK, KUNDASANG Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yakin mampu mencipta kejutan di kerusi Dewan Undangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd