• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 90 Orang Jadi Ahli PBRS Kerana Mahu Sokong Barisan Nasional

oleh Mohd Arshad
24/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Lebih 90 Orang Jadi Ahli PBRS Kerana Mahu Sokong Barisan Nasional
Share on FacebookShare on Twitter

Lebih 90 orang dari Kampung Kirokot menyerahkan borang untuk menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah kerana inginkan pembangunan dan kehidupan lebih baik di bawah kepimpinan PBRS bersama Barisan Nasional (BN).

Seorang daripada penduduk di situ, Respin Akau baru-baru ini menyerahkan sendiri borang berkenaan kepada calon BN untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.36 Kundasang, Japirin Sahadi.

Borang itu diserahkan ketika kumpulan Japirin ketika mereka datang melawat kawasan PDM berkenaan yang terletak di kawasan kampung yang agak dalam dengan keadaan jalan yang tidak berturap.

“Baru saya serahkan tadi kepada calon BN ialah 56 helai borang dan ada lagi lebih 40 borang akan diserahkan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata mereka memilih untuk menjadi ahli PBRS kerana mereka mahu menyokong calon BN, Japirin yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bagi DUN Kundasang.

Respin berkata penduduk di Kampung Kirokot mahukan perubahan dari pemimpin yang baharu yang boleh menambahbaik jalan di kawasan kampung mereka.

“Kami mahukan perubahan kerana ini jalan teruk betul, kami mahu wakil rakyat dari BN berjaya menjadi ADUN seterusnya di kawasan Kundasang ini,” katanya.

Kebanyakan kawasan kampung dalam DUN Kundasang tidak terlalu jauh dengan kawasan pekan seperti Ranau tetapi perjalanan ke kampung berkenaan memakan masa lebih 1 jam disebabkan keadaan jalan yang tidak berturap.

Ada sebahagian kawasan sudah pun mempunyai jalan yang luas dan besar tetapi berbatu kerikil malah ada juga sebahagian kawasan masih menggunakan jalan tanah merah yang sempit. –MYNEWSHUB

Tags: NabawanSook
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

29/11/2025
0

Oleh Rohana Man KENINGAU - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menamatkan era malap pentas politik Sabah apabila Presidennya yang bertanding...

PBRS-BN Mampu Bawa Kejutan Di Sook, Kundasang

PBRS-BN Mampu Bawa Kejutan Di Sook, Kundasang

28/11/2025
0

PBRS-BN MAMPU BAWA KEJUTAN DI SOOK, KUNDASANG Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yakin mampu mencipta kejutan di kerusi Dewan Undangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd