• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Afrika Selatan Tak Akan Serah Kerusi Pengerusi G20 Kepada AS

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Afrika Selatan Tak Akan Serah Kerusi Pengerusi G20 Kepada AS
Share on FacebookShare on Twitter

JOHANNESBURG: Afrika Selatan tidak akan secara simbolik menyerahkan kerusi pengerusi bergilir Kumpulan 20 (G20) kepada Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap Presiden Cyril Ramaphosa semasa sidang kemuncak G20 di sini, seperti dilaporkan agensi berita Jerman dpa.

Mengikut protokol biasa, tuan rumah yang akan melepaskan tugas secara rasmi menyerahkan kerusi berkenaan pada akhir sidang kepada negara yang memegang pengerusi seterusnya, dalam kes ini, AS.

Namun Washington memboikot sidang kemuncak G20 pertama yang pernah diadakan di benua Afrika.

Presiden AS, Donald Trump menuduh Afrika Selatan mendiskriminasi minoriti kulit putih, khususnya kelompok Afrikaner, keturunan peneroka Belanda. Afrika Selatan menolak tuduhan itu sebagai tidak berasas dan pakar hak asasi manusia turut menafikannya sebagai tidak wajar.

Akibat boikot itu, AS tidak menyertai sebarang perbincangan sidang tersebut.

Menurut jurucakap presiden Vincent Magwenya, AS pada awalnya merancang menghantar wakil kedutaan ke sidang itu hanya bagi upacara penyerahan pada Ahad.

Tindakan itu, katanya, tidak boleh diterima oleh Afrika Selatan.

“Ia adalah pelanggaran protokol. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia tidak akan berlaku buat kali pertama di Afrika Selatan,” kata Magwenya pada Sabtu.

Menteri Luar Afrika Selatan, Ronald Lamola berkata kemudian pada Sabtu bahawa penyerahan kerusi pengerusi itu akan diadakan minggu hadapan di Pretoria, dengan penyertaan ketua kedutaan AS.

Afrika Selatan menjadi tuan rumah mesyuarat dua hari itu di pusat komersial Johannesburg.

G20 terdiri daripada 19 negara selain Kesatuan Eropah dan Kesatuan Afrika. Sidang kemuncak tahun depan dijadual berlangsung di Miami.

–BERNAMA-dpa

Tags: Afrika SelatanASG20
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Wakil Kanan AS Beri Penghormatan Di Tugu Negara

Wakil Kanan AS Beri Penghormatan Di Tugu Negara

08/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Hal Ehwal Pendidikan dan Kebudayaan, Cate Dillon menyertai upacara meletakkan...

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd