• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

oleh Mohd Arshad
22/11/2025
dalam Terkini
0
DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram ‘mobilegrapher’ serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa lesen dalam operasi bersepadu di sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Pintasan Saloma, di sini, semalam.

DBKL dalam kenyataan berkata, operasi bersepadu itu membabitkan Skuad KL Strike Force dengan pembabitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Tindakan tegas telah diambil terhadap jurugambar haram serta penjaja air tanpa kebenaran di sekitar KLCC dan Pintasan Saloma.

“Operasi ini dijalankan bagi memastikan kawasan tumpuan pelancong ini kekal teratur, selamat dan bebas daripada aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam,” kata kenyataan itu, hari ini.

DBKL berkata, hasil operasi mendapati kegiatan ‘mobilegrapher’semakin ketara dan mengganggu kelancaran pergerakan pengunjung.

“Pihak DBKL telah melaksanakan 23 tindakan sitaan ke atas peralatan ‘mobilegrapher’ serta mengeluarkan 23 notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.

“Turut diambil tindakan ialah satu kes penjaja air tolak tanpa lesen yang turut disita di bawah peruntukan undang-undang sama,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kehadiran PDRM dan JPN dalam operasi ini turut memperkukuh aspek keselamatan, pengesahan identiti serta pematuhan undang-undang oleh semua individu di lokasi.

DBKL minta orang ramai patuh peraturan

Dalam pada itu, DBKL meminta orang ramai supaya mematuhi peraturan, tidak menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dan menghormati ruang awam demi memastikan Kuala Lumpur kekal aman, teratur dan selesa untuk semua.

“Tindakan tegas akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa tanpa kompromi,” katanya.

Terdahulu BH melaporkan dalam operasi terbaharu bermula jam 9 malam malam tadi, lebih 20 individu yang menjalankan kegiatan jurugambar di Pintasan Saloma dan KLCC dikenakan notis kompaun dalam operasi dijalankan DBKL bersama pasukan KL Strike Force.

Pemantauan BH mendapati kumpulan ‘jurufoto jalanan’ beredar sebaik menyedari kehadiran pasukan operasi namun kembali semula dan meneruskan aktiviti tidak lama kemudian.

Dalam pada itu, ada antara mereka yang sudah diberikan notis kompaun tidak beredar dari lokasi sebaliknya menyambung semula ‘tugas’ selepas menyangka pasukan operasi sudah beredar.

BHonline-

Tags: DBKLmobilegrapherPintasan Salomasita
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd