• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Ajak Anak Muda Pilih Arthur

oleh Mohd Arshad
22/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
NGO Ajak Anak Muda Pilih Arthur
Share on FacebookShare on Twitter

NGO ajak anak muda pilih Arthur

Oleh Rohana Man

SOOK : Golongan belia menyeru anak muda berusia 18 tahun hingga 20 tahun menyokong dan mengundi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Sook, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

 

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Kumpulan Kebudayaan Sinangkuit menyeru anak muda yang pertama kali mengundi memilih calon yang telah terbukti membangunkan Sook.

 

Ketua kumpulan itu, Severinus Mohd Faisal Abdullah, 46, dari Kampung Dalit, Sook, berkata, kumpulan umur itu masih mentah dalam memahami perjalanan pilihan raya sehinggakan mereka mudah terpedaya dengan janji palsu yang ditabur calon yang hanya memikirkan keuntungan diri sendiri.

 

Menurutnya, pengundi berusia 18 hingga 20 tahun merupakan golongan anak muda yang berdarah panas dan gemar meneroka sesuatu yang mencabar diri.

 

“Kadang-kadang apa yang mereka (anak muda) buat, sukar dijangka.

 

“Oleh itu, kita yang dewasa dan berpengalaman perlu membantu mereka membuat pilihan yang betul,” katanya kepada penulis.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/11/VID-20251122-WA0063.mp4

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat 1,668 pengundi berdaftar berusia 18 hingga 20 tahun.

 

Statitisk itu dipetik daripada daftar pemilih induk 2024 sehingga Ogos 2025 dan dikemaskini pada 6 Oktober lalu.

 

Severinus berkata, sebagai penyokong tegar Arthur, beliau akan membantu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mengajak anak muda memangkah logo timbangan pada hari pembuangan undi, 29 November ini.

 

“Bagi kami anak muda, memang pilihan kami adalah BN iaitu Dato’ Sri Arthur,” ujarnya.

 

Ditanya kenapa pilih Arthur, katanya, calon No 4 itu telah terbukti membawa pembangunan di seluruh pelosok Sook sejak empat tahun lalu.

 

“Banyak dia (Arthur) telah buat seperti sekolah, jalan raya.

 

“Semua pembangunan itu sangat diperlukan penduduk.

 

“Sebab itu, kita perlu sokong Dato’ Arthur supaya Dato’ dapat meneruskan lagi pembangunan lain,” katanya lagi.

Tags: Arthur Kurup
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Arthur Catat Majoriti Tertinggi Antara Enam Calon BN Yang Menang

Arthur Catat Majoriti Tertinggi Antara Enam Calon BN Yang Menang

30/11/2025
0

1I1KENINGAU - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup tampil sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang mendapat majoriti tertinggi pada PIilihan Raya...

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

29/11/2025
0

Oleh Rohana Man KENINGAU - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menamatkan era malap pentas politik Sabah apabila Presidennya yang bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd