• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abu Mayat Mangsa Gempa Bumi Di Sabah Tiba Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Abu mayat mangsa gempa bumi di Sabah, Lim Choon Seong selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas dekat sini hari ini.

Abu mayat Lim, 45, yang diletakkan di dalam beg yang dibawa oleh seorang wanita dipercayai ibu Lim diterbangkan dari Sabah dengan pesawat AirAsia AK 5323 tiba di LTAPP pada 4.35 petang.

Turut kelihatan mengiringi abu mayat mendiang adalah seorang wanita dipercayai isteri dan anak lelaki Lim yang berusia enam tahun.

Setibanya di balai ketibaan LTAPP, ibu Lim yang memakai baju berwarna biru dan seluar panjang berwarna gelap dilihat menitiskan air mata dan cuba mengelak sekumpulan pemberita dan jurugambar yang menunggu di lapangan terbang itu sejak pagi tadi.

Usaha pemberita untuk menemu bual anggota keluarga mangsa gagal apabila ketiga-tiga mereka bergegas meninggalkan lapangan terbang itu, sebelum menaiki kenderaan yang menunggu di luar.

Difahamkan abu mayat mendiang akan disemadikan di Air Itam, di sini.

Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dalam gempa bumi yang berlaku pada 7.15 pagi itu.

Dalam kejadian pada 7.15 pagi Jumaat lepas, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda kawasan Ranau di Sabah, menjadikannya gempa terkuat yang pernah dialami Malaysia setakat ini.

Gempa bumi sederhana itu disusuli gegaran kecil yang turut dirasai di empat kawasan lain iaitu Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. – BERNAMA

Tags: Gempa Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Lemah Landa Ranau Pagi Ini – Jabatan Meteorologi

30/12/2015
0

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah melanda daerah Ranau di Sabah dengan kekuatan 3.2 pada skala Richter pada pukul...

Penjawat Awam Mangsa Gempa Bumi Boleh Buat Tuntutan Insurans

03/07/2015
0

KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang menjadi mangsa gempa bumi di Sabah baru-baru ini, dinasihatkan mengemukakan tuntutan insurans bencana alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd