• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tamatkan Era Lebih Dua Dekad, Kundasang Tuntut Pemimpin Lebih Cekap

oleh Mohd Arshad
21/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Keadaan Jalan Raya Jadi Keluhan Penduduk Di Kundasang
Share on FacebookShare on Twitter

Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) N36 Kundasang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 menunjukkan kesediaan jelas untuk menamatkan era kepimpinan lama selepas gagal menyelesaikan isu asas sepanjang lebih dua dekad memimpin.

 

Tinjauan di Kampung Timbua, Ranau mendapati, rata-rata pengundi yang juga penduduk setempat menegaskan bahawa rekod panjang tanpa peningkatan ketara bukan lagi alasan untuk mengekalkan mandat, apatah lagi diberikan peluang.

 

Seorang pesara tentera, Ezarin Kunis, 47, berkata, kegagalan menyelesaikan isu jalan, jambatan dan infrastruktur pertanian serta pelancongan telah merencatkan perkembangan ekonomi Kundasang untuk tempoh terlalu lama.

“Kalau dalam lima penggal pun jalan utama masih tidak siap, itu bukan masalah kecil tetapi kegagalan pengurusan yang serius. Bayangkan apa yang kami lalui selama ini.

 

“Kami mahu pemimpin yang tahu merancang, memantau dan memastikan projek dilaksanakan, bukan sekadar memberi janji khususnya ketika pilihan raya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

 

Dalam masa sama, tinjauan juga mendapati penduduk secara lantang menyuarakan mesej bahawa kesabaran terhadap kelemahan pentadbiran terdahulu sudah sampai ke hadnya.

 

Mohd Lutfi Juhumat, 43, yang bekerja sebagai petani berkata, pemimpin berwibawa dan berjiwa rakyat harus bijak meluangkan masa turun padang memantau masalah setempat termasuk mengambil tahu perkembangan mana-mana projek pembangunan yang telah dirancang.

“Kalau pemimpin tidak mendengar dan tidak turun padang, memang mustahil mereka memahami beban sebenar rakyat. Rakyat bukan minta perkara luar biasa tetapi hanya mahu masalah asas diselesaikan dengan serius,” ujarnya.

 

Setakat ini, tidak keterlaluan sekiranya penulis meletakkkan hipotesis bahawa sokongan terhadap calon Barisan Nasional (BN), Japirin Sahadi meningkat ekoran penduduk melihat pendekatan beliau lebih profesional, sejajar dengan keperluan kawasan.

 

Mereka juga melihat sikap beliau yang lebih aktif bertemu penduduk sebagai petanda kesediaan mengambil tanggungjawab membela nasib Kundasang yang tenat dengan janji-janji palsu sepanjang lima penggal lepas.

 

Sementara itu, Hasrin Gaupin, 43, yang bekerja sendiri berpendapat keakraban antara pemimpin dengan rakyat sangat penting bagi merasai kesengsaraan penduduk yang hidup dalam kedaifan dengan hanya melihat dengan mata kasar.

“Jika pemimpin lama sendiri tidak rapat dengan rakyat, bagaimana mereka boleh mendakwa memahami apa yang perlu diubah. Bagi saya, perubahan lebih wajar daripada terus memberi peluang kepada pentadbiran yang tidak menunjukkan hasil,” jelasnya.

 

Sehubungan dengan itu, penulis merasakan bahawa pengundi Kundasang kini lebih kritikal dan mengutamakan keberkesanan, bukan lagi kesetiaan politik.

 

Dengan perubahan corak sokongan yang sudah mula menonjol, ia mencerminkan permintaan pengundi terhadap kepimpinan yang mampu memberikan keputusan yang boleh diukur.

 

Dengan arus tuntutan pembaharuan yang semakin kuat, Kundasang dilihat sebagai kawasan penentu sama ada rakyat Sabah benar-benar bersedia meninggalkan politik lama demi pentadbiran berprestasi tinggi. – MYNEWSHUB

Tags: Arthur KurupKundasang
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Pasaran Karbon Di Sarawak Lindungi Hutan, Tidak Pinggir Komuniti Tempatan – Arthur

Pasaran Karbon Di Sarawak Lindungi Hutan, Tidak Pinggir Komuniti Tempatan – Arthur

27/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sentiasa memastikan pembangunan pasaran karbon negara di Sarawak seiring pemeliharaan...

PERSEDIAAN MENDEPANI CUACA PANAS DAN FENOMENA EL NIÑO

PERSEDIAAN MENDEPANI CUACA PANAS DAN FENOMENA EL NIÑO

10/07/2026
0

MENTERI Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-27 Sub-Regional Ministerial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd