• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arthur Jadi Jambatan Sook Dan Putrajaya

oleh Mohd Arshad
21/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Arthur Jadi Jambatan Sook Dan Putrajaya
Share on FacebookShare on Twitter

Arthur Jadi Jambatan Sook Dan Putrajay

 

Norzie Mohd Khasbi

 

SOOK: Sektor pertanian yang menjadi sumber pendapatan utama di daerah Sook akan mendapat manfaat besar sekiranya Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) minggu depan kerana mendapat akses terus dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

 

Arthur, 43, yang bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) di DUN N45 Sook, merupakan timbalan menteri kementerian berkenaan. Beliau telah membawa pelbagai program pertanian di daerah pendalaman Sabah itu sepanjang menjawat jawatan tersebut.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/11/VID-20251121-WA0043.mp4

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar berkata, Arthur amat prihatin terhadap kehidupan para petani dengan membawa masuk pelbagai projek di Pensiangan, di mana beliau adalah Ahli Parlimen di situ.

 

“Beliau seorang yang sangat gigih (bekerja) dan telah menghubungkan Pensiangan dengan Putrajaya. Hari ini beliau nak menghubungkan Sook dan Putrajaya.

 

“Saya lihat pelbagai program dan projek yang telah dilakukan Dato Sri Arthur, lebuh raya untuk ke Kalimantan, ini akan mendekatkan hubungan dua negara dan InsyaAllah akan membuka ruang kepada masyarakat di Sook dan Pensiangan untuk meningkatkan pendapatan

 

“Saya percaya, selepas ini kita akan dapat lihat padi bukit bukan sahaja menjadi sumber makanan di daerah Sook atau Sabah, malah mempunyai potensi besar sebagai pengeluar makanan negara,” katanya ketika menghadiri Program Libat Urus Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Daerah Sook semalam.

 

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang melancarkan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB) 2025 serta Arthur.

 

Sektor pertanian kekal sebagai tunjang ekonomi di Sook dengan 69,609 hektar tanah diusahakan untuk pelbagai tanaman termasuk kelapa sawit, getah, padi, kopi, koko dan buah-buahan.

Tags: Arthur KurupSook
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Arthur Catat Majoriti Tertinggi Antara Enam Calon BN Yang Menang

Arthur Catat Majoriti Tertinggi Antara Enam Calon BN Yang Menang

30/11/2025
0

1I1KENINGAU - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup tampil sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang mendapat majoriti tertinggi pada PIilihan Raya...

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

Arthur Menang Besar, Tamat Era Malap PBRS 

29/11/2025
0

Oleh Rohana Man KENINGAU - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menamatkan era malap pentas politik Sabah apabila Presidennya yang bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd