• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

oleh Mohd Arshad
19/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meminta ibu bapa yang mempunyai anak terdedah gejala penganiayaan seksual dalam alam siber supaya tidak berdiam diri, sebaliknya tampil melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pihaknya sentiasa menyokong keluarga yang menjadi mangsa dan akan terus bersama-sama mencari keadilan dan membantu mereka.

Katanya, perkara utama dalam isu berkenaan adalah memastikan kanak-kanak itu selamat dan tidak mengalami trauma berpanjangan sekiranya terjebak dijadikan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) atau dianiaya dan diugut (sextortion).

“Kementerian mempunyai banyak tindakan dan langkah dalam menangani isu ini tetapi daripada aspek perlindungan kepada mangsa masih menjadi keutamaan kita, dan sekiranya ada laporan (mengenai mangsa terbabit penganiayaan seksual) kita akan bertindak dengan segera.

“Pasukan kaunseling akan memainkan peranan penting dan jika mangsa memerlukan perlindungan penempatan susulan kejadian, kita juga akan membantu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2025, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, dan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Abdul Shukur Abdullah.

Muka hadapan BH hari ini melaporkan, seorang daripada empat kanak-kanak di Malaysia secara tidak sengaja terdedah kepada kandungan seksual atau bahan yang mengganggu dalam talian, manakala kira-kira 100,000 kanak-kanak menjadi mangsa eksploitasi atau penderaan seksual dalam talian setiap tahun.

Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia dan Brunei, Robert Gass, berkata situasi bahaya dihadapi kanak-kanak semakin meningkat ketika landskap digital berkembang pesat di negara ini.

“Di Malaysia, seorang daripada empat kanak-kanak pernah ‘terjumpa’ kandungan seksual atau mengganggu dalam talian secara tidak dijangka.

“Kira-kira 100,000 kanak-kanak setiap tahun mengalami eksploitasi atau penderaan seksual dalam talian. Ini bersamaan seorang kanak-kanak dalam setiap bilik darjah,” katanya ketika mendedahkan situasi itu dalam ucapan di Forum ICT ASEAN, semalam.

Mengulas lanjut, Nancy menegaskan ibu bapa tidak perlu bimbang sekiranya mereka melaporkan kesalahan itu kepada pihak berkuasa.

Katanya, undang-undang negara sentiasa menyebelahi mangsa, terutama dalam usaha mencari keadilan bagi kanak-kanak yang sentiasa dilindungi semua pihak.

“Mangsa akan dibantu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh KPWKM, contohnya pemeriksaan di hospital. Mangsa tidak boleh dipaksa untuk menjalani tindakan itu, malah tidak juga diheret terus ke pusat perlindungan memandangkan setiap tindakan untuk kumpulan ini mempunyai atur caranya,” katanya.

BHonline-

Tags: KPWKMmangsa seksual siber
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dewan Negara Luluskan RUU Anti Gangguan Seksual

Dewan Negara Luluskan RUU Anti Gangguan Seksual

11/08/2022
0

PUTRAJAYA – Hasrat kerajaan untuk menyediakan undang-undang khusus bagi menangani isu gangguan seksual kini semakin hampir menjadi kenyataan selepas Dewan...

RUU Antigangguan Seksual 2021 Diluluskan

RUU Antigangguan Seksual 2021 Diluluskan

20/07/2022
0

KUALA LUMPUR - Hasil usaha penggubalan dan libat urus yang dilakukan sejak 2011, Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021) akhirnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd