• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

oleh Mohd Arshad
13/11/2025
dalam Jenayah
0
Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat di sebuah rumah di Taman Banjar Jaya, Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, penahanan itu hasil risikan dan pemantauan pegawai tangkapan bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak menerusi Ops Puyuh (Penyamaran).

“Suspek disyaki terlibat dalam pemalsuan gelaran kehormatan tidak sah serta pemalsuan dokumen Persatuan Bekas Polis Malaysia bagi tujuan memperdayakan pihak tertentu.

“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku terlibat dalam pemalsuan gelaran kehormatan dan dokumen pertubuhan tidak sah. Kes masih dalam siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat dari BSJK IPD Hilir Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, beberapa keping dokumen “watikah penganugerahan” dan “kebenaran meletakkan panggilan adat pertubuhan dalam dokumen rasmi”, pelbagai sijil, lambang serta kad keahlian berkaitan pertubuhan tidak sah, selain gambar suspek berpakaian istiadat dengan pelbagai gelaran kehormatan palsu turut dirampas.

Bakri berkata, rampasan juga melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla Altis dengan pelekat dan lambang kehormatan tidak diiktiraf serta sebuah telefon bimbit dan kad sim yang dipercayai digunakan bagi urusan penyamaran.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Anugerah Persendirian 2017 yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan berkaitan pemakaian atau pengeluaran anugerah kehormatan tidak sah.

Dalam pada itu, Bakri berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Hilir Perak mencatatkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM600,000 bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Antara rampasan terbesar membabitkan 8,751.14 gram heroin bernilai RM437,557, diikuti 2,369.2 gram ganja bernilai RM118,460, selain syabu, erimin, ketamin, ekstasi dan mitragynine dalam pelbagai bentuk.

“Rampasan ini menunjukkan keberkesanan operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Hilir Perak termasuk tindakan risikan, serbuan dan pemantauan bersepadu dengan agensi berkaitan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: AnugerahIstiadatpalsupolisTahan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd