• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Berhak Bahagia” – Shahrul Nasrun 

oleh Mohd Arshad
12/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
“Saya Berhak Bahagia” – Shahrul Nasrun 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR, 12 Nov 2025 – Exco Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin, tampil menjelaskan isu yang tular berhubung hubungan cintanya dengan seorang wanita selepas menerima kecaman daripada segelintir netizen di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Shahrul menegaskan bahawa bakal isterinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perkahwinan terdahulu, malah hubungan mereka hanya bermula beberapa bulan selepas perpisahan beliau dengan bekas isteri.

 

> “Kami mula berkenalan pada April 2025 dan hanya menjadi serius pada akhir Mei 2025. Saya ingin menegaskan bahawa bakal isteri saya tidak ada kena-mengena dengan perkahwinan terdahulu saya,” jelasnya.

 

Menurutnya, wanita berkenaan kini bekerja dengan penuh dedikasi sebagai duta kepada jenama tempatan, dan tindakan sesetengah pihak yang cuba memboikot jenama tersebut disifatkan sebagai tidak matang dan berunsur kebencian.

 

> “Nak boikot sampai tahap macam ‘level Yahudi’ itu untuk apa? Kita sepatutnya menyokong rezeki orang, bukan menjatuhkan tanpa sebab,” tegasnya lagi.

 

Shahrul juga menasihatkan netizen supaya berhenti menuduh atau memberi gelaran negatif seperti “penyondol” terhadap tunangnya, sambil menegaskan bahawa setiap manusia berhak mencari kebahagiaan hidup masing-masing.

 

> “Kami tidak perlukan restu atau pengesahan daripada netizen untuk terus hidup bahagia. Kalau tak boleh tengok orang lain bahagia, janganlah jadi keyboard warrior. Hidup ini singkat, lebih baik kita doakan sesama manusia,” katanya.

 

Sebelum ini, nama Shahrul Nasrun menjadi tumpuan selepas bekas isterinya tampil membuat pelbagai pendedahan di media sosial, sehingga menyebabkan beliau direhatkan sementara daripada tugasan Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk memberi ruang menyelesaikan isu peribadi.

 

Dalam kenyataan sebelum ini, beliau juga mengakui pernah melakukan kesilapan dalam rumah tangga terdahulu namun enggan mengulas lanjut kerana menghormati privasi kedua-dua pihak.

 

Kenyataan terbaharu itu dilihat sebagai usaha Shahrul untuk mempertahankan bakal isterinya daripada tohmahan dan menjernihkan keadaan selepas pelbagai spekulasi tercetus di media sosial. -MYNEWSHUB

—

Sumber: Instagram rasmi Shahrul Nasrun Kamarudin

Disunting & dilaporkan oleh: Mynewshub

Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Kebakaran Besar Kampung Bahagia: PPS Dibuka, 445 Mangsa Dipindahkan

Kebakaran Besar Kampung Bahagia: PPS Dibuka, 445 Mangsa Dipindahkan

19/04/2026
0

SANDAKAN, 19 April 2026 – Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan PPR Batu Sapi diaktifkan hari ini susulan kebakaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd