• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Usaha Hantar Pulang Lebih 200,000 PATI Di Sabah

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sedang berusaha untuk menghantar pulang lebih 200,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata bagaimanapun usaha itu akan mengambil masa yang lama kerana masalah dokumentasi yang tidak lengkap.

“Pengesahan kerakyatan oleh negara asal adalah diperlukan sebelum PATI dapat dihantar balik ke negara masing-masing,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang diedarkan di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Bung Moktar bertanya sejauh mana kejayaan kerajaan mengawal perairan negara daripada diceroboh sejak penubuhan Esscom dan jumlah PATI yang telah dihantar pulang dan yang masih berada di Sabah.

Shahidan berkata sejak 1990 sehingga kini, sebanyak 407,873 PATI telah diusir dari Sabah terdiri daripada warga Filipina (242,354), Indonesia (161,070) dan baki 4,449 dari negara lain.

Katanya pada masa yang sama sebanyak 74,210 PATI telah pulang ke negara asal masing-masing secara sukarela iaitu 33,462 warga Filipina, 39,914 Indonesia dan 834 warganegara pelbagai negara lain.

Dalam pada itu, Shahidan berkata selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap pengurusan Esscom beliau memang memandang serius insiden penculikan terbaru berlaku di sebuah restoran di Sandakan, Sabah, pada 14 Mei lepas.

“Saya menerima kekecewaan rakyat Malaysia terutama rakyat Sabah tentang kejadian ini. Namun keselamatan di Pantai Timur Sabah memerlukan penglibatan semua pihak termasuk kerajaan Filipina serta komuniti di Esszone (Zon Selamat Timur Sabah),” katanya.

Katanya sejak Esscom distruktur semula pada 15 Julai 2014, tiada lagi kes penculikan berlaku di Esszone kecuali pada 14 Mei itu.

Beliau berkata Esscom turut berjaya mengagalkan enam cubaan kes penculikan yang dirancang penjenayah rentas sempadan hasil risikan dilaksanakan pihak Esscom, serta pelaksanaan perintah berkurung di enam daerah di Esszone.

“Esscom juga telah berusaha untuk melumpuhkan rangkaian penyeludupan yang menjadi faktor utama berlakunya jenayah berat seperti penculikan dan pencerobohan bersenjata,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/UhhusiI3x3o

Tags: EsscomShahidan Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd