• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan RM10 Juta Baik Pulih Taman Kinabalu

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNDASANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM10 juta kepada kerajaan negeri Sabah untuk kerja baik pulih Taman Kinabalu yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi yang melanda Ranau Jumaat lalu.

Beliau berkata pemulihan taman itu adalah penting kerana ia merupakan tapak warisan negara dan juga dunia.

“Ia adalah sebagai tanda sokongan kerajaan pusat dalam kerja-kerja pemulihan akibat kerosakan gempa bumi,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa dan waris mangsa gempa bumi di Taman Kinabalu hari ini.

Beliau turut mencadangkan tiga perkara untuk menambah baik tahap keselamatan taman itu termasuk menambah sensor pengesan gegaran berteknologi terkini dalam memantau aktiviti gempa untuk memberi amaran awal.

“Walaupun teknologi terkini tidak ada yang boleh mengesan kejadian gempa bumi berskala besar dengan lebih awal, sekurang-kurangnya dengan adanya sensor seperti itu kita dapat mengesan gegaran-gegaran kecil dan kita boleh buat keputusan sama ada nak buat amaran gempa bumi atau tidak,” katanya.

Kedua, Najib mengesyorkan supaya semua malim gunung yang hendak membawa kumpulan pendaki ke puncak gunung itu wajib membawa alat ‘walkie-talkie’ yang berguna sewaktu kecemasan.

Selain itu, perdana menteri mencadangkan supaya semua tempat pendaratan helikopter sedia ada di taman itu diperbesarkan untuk menampung pendaratan helikopter tentera.

Beliau turut menjawab pertanyaan tentang kemungkinan meningkatkan tahap umur kepada 15 tahun bagi pendaki gunung berkenaan.

Najib berkata: “Saya tidak fikir begitu kerana ada bahagian tertentu gunung ini yang akan menarik minat kanak-kanak sekolah untuk belajar mengenai flora dan fauna, dan mereka tidak perlu pun mendaki puncak Gunung Kinabalu itu.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu berlaku kira-kira 7.15 pagi Jumaat dan 16 orang rakyat tempatan serta warga asing disahkan terkorban setakat ini. – BERNAMA

Tags: Gempa SabahNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd